,
Antarabangsa

Subaru Forester GT Edition Tampil Lebih Sporty Direka Eksklusif Untuk Asia

Erywan
01/06/2020
08:09 MYT
Selepas memperkenalkan Subaru XV GT Edition, kini tiba pula giliran Subaru Forester yang menerima edisi berkenaan yang tampak lebih sport direka eksklusif untuk pasaran Asia.
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan Subaru di Malaysia melancarkan edisi istimewa itu yang mana ia dibina dengan hasil kerjasama syarikat kejuruteraan Giken Co Ltd dan Masahiko “Jack” Kobayashi iaitu bekas ketua rekaan Subaru Corporation.
Sepanjang kerjayanya, beliau yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk luaran bagi 12 model Subaru termasuklah WRX STI.
Subaru Forester GT Edition turut menerima sentuhannya dengan dipadankan aero kit GT Edition. Perubahan yang boleh dilihat adalah pada lip tambahan pada bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta spoiler.
Selain itu, ia hadir dengan rim aloi 18 inci serta lebih menyerlah padanan kerusi balutan kulit pada ruang dalamannya.
Pada masa sama, Forester GT Edition turut dilengkapi sistem audio skrin 8 inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga menjadi paparan 360 darjah untuk memudahkan pemandu memasuki parkir.
Dari segi prestasinya, ia menggunakan enjin 2.0 L boxer yang menyalurkan 156PS dengan tork setinggi 196Nm serta padanan transmisi CVT bersama mod manual 7-kelajuan baharu.
Jentera pacuan semua roda bersimetri juga dilengkapi ciri keselamatan terbaik dengan padanan Teknologi EyeSight membabitkan Brek Pra-Pelanggaran, Pengendalian Pendidik Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, Amaran Tersasar Lorong, Adaptasi Kawalan Luncur (ACC) dan Amaran Kenderaan Di Hadapan.
Kini anda boleh melihatnya di pusat pameran Subaru di seluruh negara. Ia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu putih, perak, hijau, biru, kelabu, hitam dan gangsa yang dijual pada harga bermula RM177,888.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar