Tempatan

Subaru Forester GT Lite Edition Dengan Kit Badan Baharu, Harga Bermula RM163,788

gempak
Erywan
08/02/2021
06:52 MYT
Sponsor Banner
Subaru Forester GT Lite Edition Dengan Kit Badan Baharu, Harga Bermula RM163,788
TC Subaru Sdn Bhd (TCSSB), pengedar kenderaan Subaru di Malaysia memperkenalkan Subaru Forester GT Lite Edition baharu.
Pengenalan varian itu adalah selepas TCSSB menerima sambutan menggalakkan bagi model Forester GT Edition yang diperkenalkan pada tahun lalu.
Bagi Forester GT Lite Edition, ia dilengkapi dengan paparan lapan inci sistem audio dan sistem kamera 360 darjah yang memudahkan pemandu untuk memasuki parkir.
Ia memiliki rekaan dinamik yang sesuai untuk pelanggan mahukan sebuah SUV bersaiz besar, selain mempunyai ciri keselamatan terbaik dan mempunyai ruang kabin luas.
Forester GT Lite Edition didatangkan dengan ciri keselamatan tertinggi yang ada pada model Subaru. Ia juga didatangkan dengan tiga faktor utama dalam Teknologi Teras Subaru iaitu Pacuan Semua Roda Bersimetri, enjin Boxer dan platfrom Subaru Global.
SUV itu menggunakan lampu hadapan LED dengan lampu kabus halogen, rim 17 inci dengan rekaan ‘snowflake’, kerusi hadapan lapan tatapan berkuasa, dan penyaman udara automatik dua zon.
Rangkaian kuasanya pula, ia menggunakan enjin 2.0 liter aspirasi biasa (NA) yang dipadankan transmisi CVT. Ia mampu menyalurkan 156PS pada 6,000rpm dengan tork setinggi 196Nm pada 4,000rpm.
Warnanya pula, ia ditawarkan dengan tujuh pilihan membabitkan putih, perak, hijau, biru, gangsa, kelabu dan hitam. Harganya pula, ia dijual bermula RM163,788.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live