Subaru Impreza S11 WRC 2005 Bekas Petter Solberg, Kini Harga Bidaan Mencecah RM1.28 Juta
Erywan
08/09/2021 03:48 MYT
08/09/2021 03:48 MYT
Kenderaan yang dibuka untuk jualan secara bidaan ini adalah satu model kereta rali legenda selepas ia pernah dipandu pemandu rali Sweden, Petter Solberg.
Selain itu, sejarah kereta berkenaan turut menyerlah apabila ia pernah memenangi Rali Kebangsaan Ireland yang dipandu oleh Sean Devine.
Memandangkan ia sebuah kereta rali, selama bertahun-tahun ia pasti mengalami kerosakan panel dengan pelbagai penggantian.
Selain itu, sejarah kereta berkenaan turut menyerlah apabila ia pernah memenangi Rali Kebangsaan Ireland yang dipandu oleh Sean Devine.
Memandangkan ia sebuah kereta rali, selama bertahun-tahun ia pasti mengalami kerosakan panel dengan pelbagai penggantian.
Bagaimanapun, badannya masih lagi asli dan sudah menjalani proses restorasi sekali gus membuatkan ia kelihatan baharu. Cat serta corak grafik pada luaran juga seperti baharu selepas menjalani proses baik pulih sepenuhnya.
Bahagian dalamannya kembali dalam konfigurasi WRC 2005, selepas menukar pemanduan kanan ke kiri ketika proses pemulihan pada tahun lalu.
Pemulihan jentera itu dilakukan oleh Melvyn Evans pada 2016, ditambah dengan pembinaan semula enjin pada 2019 diikuti pengubahsuaian kotak gear dalam dua tahun terakhir yang mana proses itu selesai November 2020.
Dari segi prestasinya, ia menggunakan enjin boxer empat silinder 2.0 liter yang menghasilkan kira-kira 300bhp, ditambah dengan transmisi enam kelajuan serta pacuan empat roda.
Ketika artikel ini ditulis, seramai 15 individu yang sudah membuat bidaan di laman collectingcars.com terhadap kenderaan itu dan yang tertinggi adalah €260,000 (RM1.28 juta).
Buat masa ini, jentera itu kini berada di Luxembourg, Jerman, tetapi ia didaftar di United Kingdom dengan nombor ‘HC54 WRC’.