Antarabangsa

Superformance perkenalkan MKIII-R Cobra - Gaya Shelby Cobra Vintaj

gempak
Erywan
09/06/2020
07:11 MYT
Sponsor Banner
Superformance perkenalkan MKIII-R Cobra - Gaya Shelby Cobra Vintaj
Pengenalan terkini dari Superformance menerusi model MKIII-R Cobra mengembalikan era Shelby.
Model yang anda lihat ini adalah versi replika yang dilesenkan. Penampilan vintaj dengan sentuhan moden menjadikan Shelby Cobra model yang paling diingati dalam sejarah pemotoran.
Tentunya filem Ford vs Ferrari yang ditayangkan tahun lalu mengembalikan semula era kereta terbabit dan membantu golongan anak muda mengenali roadster berkenaan.
Pengenalan terkini dari Superformance menerusi model MKIII-R Cobra mengembalikan era Shelby. Model berkenaan mengambil inspirasi model Cobra 1960-an dan Superformance adalah satunya syarikat yang diberi lesen membina replika Cobra dari Carroll Shelby Licensing Inc.
Pembangunan model itu menyasarkan penampilan klasik dan prestasi dengan sentuhan moden.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Superformance, Lance Stander berkata, Superformance MKIII-R adalah gabungan sempurna daripada klasik old skool automobil lalu digabungkan dengan sedikit penggayaan moden.
"MKIII-R adalah sebahagian daripada sejarah Amerika dan apabila keluarnya dalam filem Ford vs Ferrari filem tahun lalu meningkatkan lagi populariti Cobra.
"Kami sangat berhati-hati untuk memastikan Superformance MKIII-R sesuai dengan warisan ikonik Cobra," katanya.
Superformance MKII-R sedikit berbeza dari Cobra. Ia mempunyai reka bentuk cengkerang fender dan skup hud yang berbeza, ditambah dengan adanya splitter depan dan diffuser belakang menjadikannya kelihatan tidak ditelan zaman daripada Cobra yang asal, walaupun cat warna Atlantic Blue dan garis badan jentera sudah memberi petunjuk kepada jentera klasik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live