Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

SUV Perodua Sah Guna Enjin 1.0 liter Turbo!

Erywan
21/01/2020 06:19 MYT
Perodua mengesahkan akan menggunakan enjin 1.0 liter turbo untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu jenama itu yang dijangka dikeluarkan tahun ini.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad selepas majlis pembentangan prestasi Perodua sepanjang 2019 sebentar tadi.

Daihatsu Rocky

Difahamkan model itu adalah model Kembara, yang kini dikenali sebagai Perodua D55L.

SUV baharu Perodua itu dikatakan akan dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (Daihatsu New Global Architecture, DNGA) sama seperti model Daihatsu Rocky.

Daihatsu Rocky

Daihatsu Rocky dijanakan enjin 3-silinder 1KR-VET 1.0L Turbo yang menyalurkan 96hp pada 6,000rpm dan tork 140Nm antara 2,400 sehingga 4,000rpm. Ia juga dipadankan transmisi D-CVT.

Tahap penggunaan bahan apinya juga mencatatkan 18.6km bagi setiap liter bagi pacuan hadapan, manakala pacuan semua roda boleh mencecah 17.4 liter setiap liter bahan api.

Sementara itu, Perodua juga akan menjadi hub Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada peringkat Asean dengan menggunakan platfrom berdasarkan model Daihatsu New Global Architecture.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, kemudahan R&D di Malaysia adalah lebih besar dan menyasarkan untuk mencapai sebagai hub pada peringkat Asean.

;