Suzuki Jepun Lancar Hayabusa (2021) Dengan Pelan Tempahan Warna
Erywan
23/03/2021 05:22 MYT
23/03/2021 05:22 MYT
Suzuki Motor Co Ltd bakal memperkenalkan Hayabusa di wakil jualan Jepun bermula 7 April depan.
Model perdana Suzuki itu dikenali seluruh dunia kerana prestasi pecutan dan generasi kedua tersebut sudahpun dijual di Eropah dan Amerika Utara sejak penghujung Februari lalu.
Suzuki Hayabusa yang dilancarkan di Jepun bakal memiliki spesifikasi dan peralatan yang sama di Eropah dan didatangkan standard dengan unit ETC 2.0.
Buat pertama kalinya juga Suzuki menawarkan tempahan warna khas buat pelanggan dengan pilihan kombinasi warna pada rim depan dan belakang mengikut cita rasa pengguna.
Pelan Tempahan Warna itu didatangkan dengan tiga pilihan warna kowl, tiga pilihan aksen warna dan dua pilihan warna rim termasuklah tiga warna badan standard yang ditawarkan di "Hayabusa Special Site”.
Tiga pilihan warna badan standard:

・ Black / Gold: Yen 2,156,000 (RM81,547)
・ Silver / Red: Yen 2,156,000 (RM81,547)
・ White / Blue: Yen 2,167,000 (RM81,963)
Pelan Warna:
・ Warna asas hitam atau putih: Yen 2,211,000 (RM83,627)
・ Warna asas perak: Yen 2,222,000 (RM84,044)
Suzuki Hayabusa dijana oleh enjin 1340cc DOHC yang menghasilkan kuasa 188hp dengan kelajuan maksimum 288kmj. Jentera seberat 246kg itu dipadankan dengan transmisi constant mesh 6-kelajuan. Keselesaan tunggangn diserahkan kepada teleskopik terbalik (depan) dan jenis link coil spring (belakang).