,
Modifikasi

Suzuki Swift Godfather Dengan Pintu Gunting

Erywan
12/05/2020
06:20 MYT
Suzuki di India dikenali sebagai Maruti hasil perkongsian dengan syarikat tempatan di sana. Namun, rasanya jarang sekali kita melihat budaya kustom negara penghasilan filem terbanyak dunia itu. Malaysia lebih berpaksikan kepada model-model JDM bagaimana pula di India?
Tentunya pasaran kereta di sana begitu berbeza sekali dengan kita yang mana majoriti pengguna India lebih memilih model-model kompak. Model hatchback Maruti Swift adalah antara model yang popular di negara berkenaan.
Digelar sebagai Godfather, Swift berkenaan dipasang dengan suspensi udara yang boleh dikawal mengikut kemahuan pemilik. Disebut dengan terma ‘bagging’ di India, suspensi berkenaan didatangkan dengan beberapa peringkat talaan sama ada ingin dinaikkan atau diturunkan.
Manakala ada yang memilih tetapan untuk melayan selekoh lebih mantap. Talaan oleh Viair itu membolehkan komponen suspensi menikmati beberapa tetapan pada permukaan jalan berbeza dan membolehkan Swift Godfather itu meraih penampilkan kereta lumba ‘Need fof Speed’.
Di samping itu, model itu didatangkan dengan rim aloi 18-inci J Emotion R bersama tayar lebih lebar 215/35. Pemasangan komponen kit badan NKS yang lebar boleh dilihat pada bampar serba baharu yang kemudian digabungkan rekaan bonet baharu dan gril yang unik dengan kemasan perak.
Lampu utama pula digantikan dengan unit kustom bersama lampu nyala siang LED dan projektor. Bukan itu saja, hatchback itu digabungkan dengan splitter di kedua-dua bucu sementara bahagian bawah separuh memberi sentuhan acah hatchback Lamborghini.
Skirting sisi dan dual ekzos keluli tahan karat dibiarkan terdedah. Imej sporty disempurnakan dengan spoiler bersaiz besar. Ciri peralatan lain yang didatangkan termasuklah bumbung suria Webasto, sistem audio selepas pasaran dengan woofer besar, bukaan pintu gunting dan warna kabin yang disesuaikan dengan luaran.
Tidak ketinggalan pemilik Roshan Francis dari Kerala, India itu turut menambah cermin pandang belakang kedua dengan paparan kamera. Dari segi prestasi enjin diesel itu tiada perubahan dan pemilik sudah melabur sebanyak INR10 lakhs (RM 57,150) untuk mendapatkan wajah sedemikian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar