Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suzuki Vietnam Lancar Burgman Street, Harga Di Sana Hanya Bermula RM8,684

Erywan
26/02/2021 04:12 MYT
Suzuki Vietnam baru saja memperkenalkan skuter baharu Burgman Street menerusi tiga pilihan warna badan. Ia memiliki rekaan badan yang lebih bersudut dan maskulin sama seperti model Burgman berkapasiti besar.

Skuter terbabit didatangkan dengan unit lampu LED di depan dan belakang bersama port cas USB pada bahagian ruang simpanan depan di samping skrin elektronik penuh.


Bagaimanapun, Burgman Street tidak didatangkan dengan ciri peralatan terkini misalnya kunci pintar atau Sistem Brek Anti Kunci (ABS). Berbanding model yang dijual di India, pasaran Vietnam juga tidak didatangkan dengan butang penghidup dengan ciri matikan enjin.


Burgman Street dikuasakan oleh enjin 125cc SEP pancitan bahan api, SOHC, penyejukan udara yang menjana kuasa 8.5hp pada 6,760rpm dan tork 10.5Nm pada 5,500rpm. Output yang dihasilkan oleh Burgman Street sedikit rendah berbanding Honda Air Blade 125 (11.2hp/11.6 Nm) dan Yamaha FreeGo (9.3hp/9.5Nm).


Harga cadangan Suzuki Burgman Street adalah VND 49.5 juta (RM8,684) iaitu lebih mahal berbanding Honda Air Blade 125 (VND 42 juta - RM7,368) atau Yamaha FreeGo (VND 39 juta - RM6,841).

#Suzuki
;