Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) sertai usaha kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 TC pertamanya untuk pekerja di seluruh negara baru-baru ini,

Dengan peningkatan jumlah dos vaksin COVID-19 harian di seluruh negara, TCMH memulakan pembabitan di bawah pelbagai program vaksinasi termasuk Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), iaitu program vaksinasi yang dilancarkan oleh MITI untuk pekerja-pekerja di sektor pembuatan.

Sehingga kini, 70 peratus daripada pekerja-pekerja Tan Chong di seluruh negara sudah divaksinkan (sama ada dos 1 atau dos 2) dan juga mengesahkan slot janji temu, oleh itu Program Vaksinasi COVID-19 TC akan memastikan semua pekerja dan ahli keluarga pekerja divaksinkan sepenuhnya sebagai langkah penting ke arah kekebalan kawanan serta pemulihan ekonomi negara. Program ini akan dilancarkan mulai Ogos 2021 melalui klinik tempatan atau di premis Tan Chong.

Ketua Pegawai Eksekutif TCMH, Daniel Ho berkata, pihaknya berharap, program vaksinasi itu dapat mencapai pemberian vaksin sepenuhnya kepada kalangan tenaga kerja menjelang akhir September serta memberi perlindungan dengan harapan mereka dapat kembali bekerja dengan selamat," katanya.