Ini adalah masa tebaik untuk memiliki kenderaan impian anda selepas Kumpulan Naza melalui Kumpulan Automotif Naza menawarkan penurunan harga kereta sempena kempen ‘Naza Automall Mid Year Mega Deal'.

Kempen yang bermula 13 Jun sehingga 15 Julai 2020 itu menawarkan penjimatan dan penambahan nilai dengan harga lebih rendah selepas pengurangan cukai jualan 5 peratus.

Selain itu, pelanggan juga berhak menerima kadar faedah rendah dari 1.88 peratus dan jaminan 1 tahun percuma untuk pelbagai kenderaan beberapa jenama terkenal antarabangsa yang ditawarkan di Naza Automall, Petaling Jaya.


Untuk kemudahan tambahan, pelanggan kini boleh melihat model kenderaan yang dijual dengan selesa di rumah melalui beberapa platform jualan dalam talian. Panggilan video dengan pegawai jualan juga boleh diatur untuk pelanggan yang lebih suka interaksi dua hala untuk mengetahui lebih lanjut maklumat mengenai kenderaan.

Maklumat lanjut terdapat di saluran media sosial Naza Automall (Instagram: @nazaautomall, Facebook: @nazaautomall.my).

Namun, pelanggan yang berminat untuk menguji kenderaan diminta membuat temu janji dengan penasihat penjualan. Bagaimanapun hanya dua orang yang dibenarkan berada dalam kenderaan pada satu masa dan kenderaan itu akan dibersihkan sebelum dan selepas pandu uji.

Naza Automall dibuka Isnin sehingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, dan pada hujung minggu serta cuti umum bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.