Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Jualan Volkswagen 11.11 yang menampilkan Passat Elegance dan Tiguan Allspace Highline yang baru dilancarkan sebelum ini.

Jualan dalam talian 11.11 dihoskan di halaman Facebook Volkswagen Malaysia dan pengedar Volkswagen, dan menjemput pelanggan untuk menyukai satu atau kedua-dua model kereta untuk membuka rebat eksklusif 11.11.

Potongan harga dalam talian Volkswagen 11.11 dilancarkan semalam dan pelanggan boleh membuat tempahan mereka di Volkswagen eShowroom pada 11 November untuk menebus potongan harga.


Passat Elegance hadir dengan jumlah penjimatan RM11,000, ia merangkumi penjimatan dalam talian RM5,500 dan insurans percuma 1 tahun bernilai RM5,500. Tiguan Allspace Highline pula ditawarkan dengan jumlah penjimatan RM4,749 yang merangkumi pakej aksesori percuma dan penjimatan dalam talian sebanyak RM3,500.

Bagi 11 pembeli pertama yang membeli model terbabit melalui Volkswagen eShowroom akan menerima Lego Volkswagen Campervan percuma bernilai RM499 dan barangan Volkswagen lain.

Pemilik juga tidak akan mendapat tawaran hebat di mana mereka yang membuat temu janjidalam talian pada 11 November akan menerima pek barang eksklusif Volkswagen bernilai lebih dari RM160. Ia adalah untuk temu janji servis dan pembaikan antara 13 hingga 30 November 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.vokswagen.com.my