,
Tempatan

Tawaran Menarik MINI Countryman SE Termasuk Kadar Faedah Serendah 0% Dan Banyak Lagi

Erywan
22/01/2021
04:18 MYT
MINI, jenama automotif premium kompak menawarkan program baharu untuk MINI Countryman SE, termasuk model-model MINI yang lain ekoran perlanjutan dalam tempoh pengecualian SST.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, ​Harald Hoelzl berkata, tahun 2021 memberi peluang baharu, dan pihaknya berbesar hati untuk meletakkan MINI Countryman SE sebagai peneraju program yang terkini.
“Tahun 2021 sudah tiba, dan program MINI Countryman SE membuktikan komitmen berterusan kami untuk menggiatkan pemupukan mobiliti elektro di Malaysia – lebih-lebih lagi semasa polisi pengecualian SST masih terpakai.
“Ia juga memberi kami peluang untuk membawakan pengalaman pemilikan MINI yang mengujakan buat para pelanggan setia di seluruh negara,” katanya.
Program itu melayakkan semua pemilik baharu MINI Countryman SE untuk menikmati kadar faedah serendah 0% (berdasarkan Straight Line Financing), pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,678, dan Waranti Bateri Voltan Tinggi Bertempoh 8 Tahun.
Pemilik MINI Countryman SE baharu yang membeli Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) yang bertempoh 4 tahun juga layak menerima tawaran lanjutan tempoh selama setahun bagi program terbabit.
Ia yang berlangsung 20 Januari sehingga 31 Mac 2021 juga menawarkan penjimatan bagi model-model MINI lain. Untuk melihat senarai lengkap model-model dan program yang ditawarkan ini, sila layari https://www.mini.my/sstsavingsspree.
MINI Countryman SE menampilkan Sistem Pacuan Semua Roda MINI, di samping mod eDrive yang membolehkan pemandu membuat pilihan antara mod pemanduan elektrik, enjin pembakaran atau hibrid demi pemanduan yang lebih efisien.
Ciri-ciri lain turut ditawarkan melalui Servis Jarak Jauh MINI (MINI Remote Services); membolehkan pengguna memantau status kenderaan sebelum memulakan perjalanan menggunakan sambungan telefon pintar, di mana-mana jua dan pada bila-bila masa.
Turut menjadi tumpuan di ruang dalaman membabitkan Head-Up Display serta 4G LTE Sim Card MINI Connected yang menawarkan fungsi maklumat hibur dengan lancar ketika memandu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Dah Macam Pondan Dah” - Netizen Kritik Gambar Intan Najuwa Berskirt Mini Ala Tuala

gempak
04/10/2021
03:50 MYT
Intan Najuwa dikritik netizen kerana mengenakan skirt pendek paras paha
drebar

MINI Malaysia Memperkenalkan John Cooper Works 3 Door dan John Cooper Works Countryman Baharu

gempak
02/07/2021
05:08 MYT
Harga bermula RM311,259 atas jalan dan tanpa insurans.
drebar

MINI John Cooper Works 3-Door Facelift - Imej Lebih Segar

gempak
19/04/2021
06:40 MYT
Bampar hadapan diberikan rekaan lebih segar dengan jalur merah yang merentangi jeriji dan bukaan udara berbentuk petak.
drebar

MINI Electric Pacesetter - Kereta Rasmi Keselamatan Kejohanan Dunia Formula E

gempak
06/04/2021
04:41 MYT
Ia dimodifikasi menerusi kerjasama antara MINI Design, BMW Motorsport, FIA dan juga Formula E.
drebar

BMW Group Malaysia Lancar Aplikasi Mobiliti Baharu buat Pemilik BMW dan MINI

gempak
31/03/2021
05:24 MYT
Aplikasi itu menawarkan akses segera dan keupayaan untuk mengurus status kenderaan, serta dapat berhubung terus dengan pusat servis BMW atau MINI.