Antarabangsa

Tengku Djan, Hayden dan Shawn Juara Keseluruhan Toyota Vios Challenge Musim Ketiga

gempak
Erywan
18/05/2020
04:07 MYT
Sponsor Banner
Tengku Djan, Hayden dan Shawn Juara Keseluruhan Toyota Vios Challenge Musim Ketiga
Toyota secara rasminya melabuhkan tirai Toyota Gazoo Racing Festival dan Toyota Vios Challenge Musim Ketiga dengan menobatkan tiga pemenang kejuaraan bagi perlumbaan tahun ini yang sempat berlangsung meriah sebelum terbantut akibat penularan wabak pandemik Covid-19.
Musim ketiga menyaksikan Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori Super Sporting bagi kategori pemandu profesional, sementara Hayden Haikal yang baru berusia 16 tahun pula menjadi juara kategori Sporting, manakala personaliti TV dan pemuzik Shawn Lee muncul juara untuk kategori Promotional yang terdiri daripada barisan pelumba selebriti.
Berjaya menamatkan 75 peratus daripada siri perlumbaan musim ini atau bersamaan tiga daripada empat perlumbaan. Acara kemuncak yang sepatutnya berlangsung pada 17-19 April lalu di Litar Sepang terpaksa dibatalkan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac 2020, yang melarang penganjuran acara membabitkan perhimpunan umum sehingga akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Sukan Permotoran, Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata, ia bukan cara untuk pihaknya menamatkan sebuah siri perlumbaan yang biasanya akan bertambah sengit dan mendebarkan pada perlumbaan terakhir kejuaraan.
“Keputusan akhir pemenang diambil selepas perbincangan teliti dengan mematuhi serta konsisten terhadap semua penetapan yang digariskan oleh peraturan teknikal kejuaraan, serta melalui perbincangan dengan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).
“Keputusan yang dicapai juga sangat konsisten dengan cara terbaik yang diamalkan oleh penganjuran perlumbaan antarabangsa,” katanya.
Bergerak ke hadapan, Akio menambah bahawa UMW Toyota Motor Sdn Bhd kini di dalam tahap awal merencana persiapan musim keempat yang lebih menarik bagi Toyota Gazoo Racing Festival dan juga Toyota Vios Challenge.
"Musim Ke-empat akan menjadi suatu pengalaman yang sama sekali berbeza, tidak hanya menawarkan format perlumbaan yang diperkemas kepada semua pelumba, pasukan dan pengedar yang turut serta, tetapi juga melibatkan struktur hadiah dan ganjaran yang lebih menarik.
Buat masa ini, kami belum ingin mendedahkan perincian lanjut yang berkaitan. Tetapi adalah memadai untuk menyatakan bahawa semangat Toyota Gazoo Racing akan melangkaui Toyota Vios Challenge sedia ada dalam menyediakan program perlumbaan tambahan untuk disertai kepada semua pelumba.
“Elemen lain yang turut dipertimbangkan ialah pembangunan bakat serta perluasan skop TGR e-Racing," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024