Antarabangsa

Tesla Cybertruck dengan rekaan pelik, masih menerima tempahan 146,000 unit kurang 48 jam

gempak
Erywan
25/11/2019
04:06 MYT
Sponsor Banner
Tesla Cybertruck dengan rekaan pelik, masih menerima tempahan 146,000 unit kurang 48 jam
Biarpun bentuknya yang agak pelik, ia tidak menghalang untuk trak pikap elektrik Tesla Cybertruck menerima tempahan 146,000 unit dalam tempoh kurang 48 jam.
Ketua Eksekuif Tesla, Elon Musk berkata pada Sabtu lalu, pihaknya menerima hampir 150,000 tempahan selepas Cybertruck diperkenalkan pada Khamis. “Daripada jumlah itu, 42 peratus menempah bagi varial dua motor elektrik, 41 peratus varian tiga motor elektrik dan 17 peratus untuk satu motor elektrik,” katanya dalam tweet.
Cybertruck itu mempunyai saiz pikap trak biasa, tetapi menerima reka bentuk yang pelik. Ia bakal dijana dengan satu sehingga tiga motor elektrik. Bagi satu motor elektrik, ia adalah pacuan belakang dan mampu memecut 0-96km/j dalam tempoh 6.5 saat yang boleh dipandu sehingga 402km. Dua motor pula, ia adalah versi pacuan semua roda yang boleh memecut 0-96km/j dalan 4.5 saat, manakala 2.9 saat untuk tiga motor elektrik.
Harganya pula berbeza mengikut varian motor elektrik apabila $39,900 (RM166,500) untuk satu motor, dua motor dijual AS$49,900 (RM208,000) dan paling mahal $39,900 (RM166,500) bagi tiga motor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024