Thailand Lancar Suzuki Gixxer 250, Malaysia Bila Lagi?
Erywan
31/03/2021 03:14 MYT
31/03/2021 03:14 MYT
Suzuki Thailand rasmi memperkenalkan superbike Gixxer 250 SF menerusiPameran Motor Antarabangsa Bangkok (2021). Berkonsepkan ‘Lifestyle Sport Bike’ yang dikembangkan dari segi rekaan moden, harga Gixxer 250 SF di Thailand ialah Baht 128,800 (RM17,136).
Ia menggunakan enjin 249.1cc SOHC penyejukkan minyak dengan karakter overbore menjamin kestabilan suhu enjin pada keadaan ekstrim bahkan turut didatangkan dengan teknologi baharu enam sensor merangkumi sensor tekanan intake udara, suhu udara intake, posisi pendikit, suhu enjin dan aci engkol.
Sensor itu dikawal ECM untuk memberikan pembakaran yang sempurna untuk kecekapan bahan api termasuk respons pendikit agar spontan dan selalu ada setiap saat.
Kuasa enjin satu silinder itu juga lebih baik berbanding dengan GSX-250R yang hanya bermain di angka 24.5PS. Sementara, Suzuki Gixxer 250 SF menghasilkan kuasa hingga 26.5PS dengan tork 22.2Nm.
Teknologi baharu SOCS ( Suzuki Oil Cooling System ) mengurangi kesan panas dari pusingan enjin yang tinggi bahkan menjadikan berat jentera lebih ringan. Ia juga memastikan enjin tetap bekerja dengan kecekapan maksimum supaya menawarkan prestasi maksimum sesuai kehendak pengguna ketika memecut, jimat minyak dan mudah diselenggara.
Dari segi penampilan, lampu depan LED direka lebih kompak yang kemudian dipadankan dengan skrin paparan LCD digital penuh bersama Sistem Intelligent Push Start.;Kemudian Gixxer 250 SF;dibekalkan dengan Sistem Easy Start Suzuki yang memudahkan operasi menghidupkan motosikal ketika suhu rendah atau tinggi.
Sementara untuk keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi telekopik (depan) dan swing arm (belakang) yang kemudian dipadankan dengan saiz tayar cukup besar 100 (depan) dan 150 (belakang). Kecekapan menghentikan dan memperlahankan jentera diserahkan kepada brek cakera 300mm bersama kaliper BYBRE (By Brembo) serta Sistem Brek Anti Kunci (ABS). Ekzos Suzuki Gixxer 250SF menggunakan dua silinder yang mirip dengan Honda CBR250RR.
Jentera itu akhirnya sudah menjengah pasaran Asia Tenggara dan bilakah bakal muncul di pasaran tempatan? Mengambil kira beberapa signal imej teaser sebelum ini yang dikeluarkan oleh Suzuki Malaysia pada laman Facebook mereka sejak tahun lalu, ada kemungkinan model Gixxer 250 antara barisan produk yang bakal dipasarkan selain Suzuki Belang.