Toyota Mobility Foundation (TMF) memeterai persetujuan dengan Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) untuk melancarkan program City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH).
Ia adalah pertandingan pertama seumpamanya di rantau ini yang akan menarik penyertaan inovatif dan berdasarkan data membabitkan peserta peringkat global.
Matlamatnya ialah untuk meningkatkan kecekapan di dalam perancangan bandar, serta memacu ke arah masa depan mobiliti yang lebih lestari.
Kerjasama itu juga akan membolehkan Kuala Lumpur menjadi pelopor untuk meletakkan tanda aras bagi pembangunan bandar generasi baru dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini.
Ia juga menjadi pertandingan peringkat global yang pertama bagi meningkatkan mutu serta kualiti hidup penduduk di Kuala Lumpur, cabaran ini menawarkan geran bernilai sehingga US$1.5 juta (RM6.21 juta).
Justeru itu, CATCH akan mencari jalan untuk mengatasi cabaran mobiliti di Kuala Lumpur dengan pembabitkan penyelesaian peringkat global dalam tempoh lapan bulan.
Peserta yang terdiri daripada entiti pemula, ahli akademik dan institusi kaji selidik hinggalah badan koporat serta termasuk juga khalayak umum.
Mereka boleh menyumbang untuk membangunkan konsep dan mencadangkan penyelesaian yang dinamik, pintar serta berasaskan data untuk merencana infrastruktur bandar di masa hadapan.
CATCH juga akan menyediakan data kepada peserta untuk memperkasakan mereka dalam usaha membangunkan penyelesaian yang akan dipilih, yang selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.
Rakan usaha sama bagi data ini terdiri daripada kedua-dua sektor awam dan swasta yang memiliki data berbeza berkaitan pergerakan pengguna membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PDRM, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit Corporation dan Prasarana Malaysia.
Presiden Sekretariat, Toyota Mobility Foundation, Shin Aoyama berkata, TMF ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu berkaitan mobiliti di seluruh dunia, menggunakan pendekatan yang dipacu oleh kemapanan, inovasi dan kerjasama.
“CATCH direka dengan kerjasama kerajaan Malaysia untuk menggalakkan campur tangan berasaskan data dengan tumpuan terhadap masyarakat bagi memperbaiki perancangan bandar serta ekosistem mobiliti,” katanya pada majlis Perkenalkan Pertandingan Pembangunan Urban Generasi Baru dan Pengurusan Trafik Global.
Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan; Ketua Pegawai Operasi MDEC, Surina Shukri dan Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran.
Erywan
Thu Feb 13 2020
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.
Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Caprice seronok dapat kongsi pengalaman jaga bayi.