Antarabangsa
Toyota Bakal Lancar B-SUV, Adakah Ini Yaris Versi Crossover?
Segmen SUV nampaknya menjadi trend pengguna seluruh dunia sehingga banyak pengeluar automotif global berlumba-lumba untuk menghasilkan kenderaan itu.
Toyota juga tidak ketinggalan apabila mereka bakal memperkenalkan satu model baharu SUV segmen B pada Pameran Antarabangsa Motor Geneva pada Mac ini.
SUV itu mempunyai jarak kelegaan yang tinggi dari permukaa tanah, selain dijana rangkaian kuasa hibrid terbaharu Toyota dan disalurkan ke sistem pacuan semua roda pintar.
Ia bermungkinan berkongsi platform Toyota Yaris, memandang jentera itu turut berada dalam kenderaan segmen B.
Sementara itu, Toyota juga akan mempamerkan beberapa model baharu yang lain membabitkan Yaris, RAV4 Plug-in Hybrid dan Mirai.
Dua model berpretasi daripada Toyota juga dipersembahkan menerusi GR Yaris dan GR Supra 2.0 liter.
Must-Watch Video