UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), selaku pengimport dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia memperluaskan rangkaian servisnya dengan membuka Pusat 2S Toyota di Klang, Selangor.

Pusat 2S terletak di Jalan Kim Chuan, Pandamaran, Klang itu dikendalikan oleh PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd, sekali gus memberi kemudahan kepada pelanggan di sekitar Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Botanik dan berhampirannya.



PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd sudah pun menjadi pengedar sah Toyota sejak 2015 yang terletak di Bukit Tinggi, Klang.

Sejak beberapa tahun lalu, jualannya berkembang pesat sebelum membuat keputusan untuk memperluaskan dalam kualiti servis yang terbaik.



Pusat 2S berkenaan mempunyai 19 ruang servis, selain memiliki kelengkapan alat diagnostik serta Peralatan Servis Khas untuk kenderaan Toyota.