Toyota GR Supra Sport Top - Bumbung Jenis Targa Dengan Dua Panel Bumbung Boleh Ditanggalkan
Erywan
08/01/2021 03:00 MYT
08/01/2021 03:00 MYT
Tahun lalu, Toyota memperkenalkan GR Supra Heritage Edition untuk pertunjukan Specialty Equipment Market Association (SEMA) yang diadakan di Las Vegas. Untuk acara yang dianjurkan secara maya baru-baru ini, Toyota menggunakan model yang sama namun dengan modifikasi tambahan yang lebih unik dan istimewa.
Dikenali sebagai GR Sport Top, jentera ini menjadikan Supra MKIV sebagai sumber inspirasi dengan menampilkan rekaan bumbung jenis targa dengan dua panel bumbung yang boleh ditanggalkan. Diperbuat daripada komposit dan dicetak secara 3D oleh pasukan R&D Toyota Motor North America (TMNA), panel-panel bumbung itu boleh disimpan di dalam bonet apabila tidak digunakan.
Memotong bumbung GR Supra bukanlah satu proses yang mudah kerana besi yang digunakan adalah lebih keras daripada yang dijangkakan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memastikan yang struktur badannya kekal tegar selepas bumbung ditanggalkan. Bagi tujuan itu, pasukan TMNA melakukan kerja pengukuhan pada bahagian badan serta sepanjang bahagian bawah.
Bagi mengekalkan bentuk asal jentera itu, TMNA menggunakan rangka cermin penghadang angin dan struktur luaran bumbung yang sedia ada. Ini membuatkan GR Supra Sport Top kelihatan tidak ubah seperti mana-mana GR Supra standard pada pandangan mata kasar.
Kecuali bumbung yang boleh ditanggalkan, GR Supra Sport Top mempunyai kelengkapan yang sama dengan GR Supra Heritage Edition. Ini termasuk kit badan yang merangkumi splitter hadapan, diffuser yang lebih menonjol dengan muncung ekzos berkembar di bahagian tengah, serta rekaan spoiler dan lampu yang diinspirasikan oleh Supra MKIV. Rim yang digunakan adalah keluaran HRE berukuran 19 inci.
Enjin B58 3.0-liter dwi-turbo enam silinder selarinya turut diberi penambahbaikan dalam bentuk pengecas turbo baharu, sistem pengurusan enjin yang ditala semula, ‘intake’ kustom dan sistem ekzos dengan ukuran diameter tiga inci. Hasilnya, enjin tersebut kini menghamburkan kuasa sehingga 500hp.
Modifikasi lain yang terdapat pada jentera ini termasuklah sistem suspensi ‘coilover’ boleh laras TEIN dan cakera brek Brembo berukuran 380mm.