Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Toyota GR Supra Versi Elektrik, Cuma Ia Diperbuat 480,000 Blok Lego

Erywan
16/08/2021 05:27 MYT
Sebelum ini, Toyota menawarkan satu varian yang cukup istimewa menerusi GR Supra 35th Anniversary Edition sempena menyambut ulang tahun ke-35 Toyota Supra.

Untuk memilikinya, ia bukan satu yang mudah kerana Ipembeli akan dipilih menerusi cabutan pada 7 September depan. Namun, walaupun anda mempunyai duit yang banyak, tidak semestinya boleh memilikinya.


Selain edisi istimewa itu, Toyota dan Lego menghasilkan Toyota GR Supra warna kuning yang dibina menggunakan 480,000 blok Lego dengan skala 1:1, lengkap dengan roda, stereng dan kelihatan seperti kenderaan sebenar.


Malah, ketinggian jentera itu hampir sama dengan model sebenar dan ciri yang paling menonjol adalah pencahayaan lampu LED berbentuk L pada bahagian hadapan.


Perincian dalaman pula bukan sahaja diperbuat daripada blok Lego, tetapi turut menggunakan stereng dan kerusi sebenar kenderaan berkenaan.


Jika model sebenar GR Supra menggunakan enjin, jentera yang diperbuat daripada Lego itu turut mempunyai rangkaian kuasa sendiri. Ia menggunakan motor elektrik yang dikuasai oleh bateri. Sayangnya, tiada perincian lanjut spesifikasi motor elektrik yang digunakan itu.

#Supra
;