Bila bercakap tentang van tentunya dalam fikiran anda, ia digunakan untuk keluarga besar yang memiliki ramai anak dan mengangkut barangan besar atau perabot.

Tugas van saiz penuh dan mini van tidak perlu dipertikaikan lagi untuk mengangkut barangan. Ini juga bermaksud kenderaan itu membosankan dan begitu perlahan. Namun persepsi itu akan berubah sebaik anda melihat model kustom ini.


Ju Sung Oh atau lebih selesa dipanggil "Go-san" adalah seorang figura yang begitu sinonim dengan kenderaan pengangkutan van. Ini kerana Go-san perlu memandu antara Tokyo dan Nagoya beberapa kali sebulan yang mengambil masa perjalanan 4-jam sehala.


Sayangnya model itu didatangkan dengan enjin 2.0L 1TR-FE berkuasa 134hp dan tork 135 lb-ft. Budaya van di Jepun agak besar dan adalah satu pemandangan biasa melihat Hiace di jalan raya dengan padanan kit badan yang pelbagai, rim kualiti tinggi, suspensi lebih rendah dan kabin kustom penuh.


Hiace milik Go-san mengambil masa setahun untuk disempurnakan dan penantian itu cukup berbaloi. Hiace itu menggunakan enjin Nissan GT-R dan agar enjin V6 turbo berkembar itu tidak merosakkan van miliknya, keseluruhan casis dimodifikasi, transmisi dan trenpacuan belakang Hiace dikemas kini.


Dengan kuasa lebih dari 600hp, kotak gear dinaik taraf menggunakan versi dari model turbo diesel yang dikukuhkan dengan komponen OS Giken. Untuk mendapatkan peralatan yang sepadan adalah bahagian paling sukar yang membabitkan proses memotong dan menggabungkan bellhousing bahagian depan dan belakang dari transmisi Hiace dan GT-R.


Ia mungkin diibaratkan sebagai kerja gila, namun selepas semuanya siap ternyata hasilnya cukup membanggakan dan sesuai dipanggil Van Godzila. DNA Godzilla dipam menerusi saluran minyak van itu lalu usaha seterusnya ialah penampilan luaran. Jentera itu juga dipasang over fender yang memuatkan rim 19-inci dan beberapa naiktaraf casis dari coilover kustom Final Konnexion dan brek besar AP Racing.




Kemudian sepasang intercooler TRUST dimodifikasi diletakkan di antara bampar depan dan sayap belakang URAS bersama ekzos quad menyerlahkan penampilan belakang.


Ruang kabin, kerusi belakang asal dicabut dan digantikan dengan empat kerusi Recaro. Ia dikatakan bersedia menjalankan servis Uber XL di beberapa litar paling popular Jepun malah pemandu legenda Keiichi Tsuchiya juga pernah meminta untuk mencuba Hiace Go-san di Litar Tsukuba.