Buat pertama kalinya, Toyota bakal melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid terbesarnya iaitu Highlander di pasaran Eropah. Ia akan menjadi SUV keempat yang ditawarkan di benua itu selepas RAV4, C-HR dan Yaris Cross.
Highlander dibina di atas platform TNGA (GA-K) dan mempunyai ukuran panjang keseluruhan yang mencecah 4,950mm. Menurut Toyota, ia menawarkan tujuh tempat duduk dengan barisan kedua yang boleh digelungsur sepanjang 180mm bagi memudahkan penumpang di barisan ketiga untuk keluar dan masuk.
Dari segi praktikaliti, model ini mempunyai ruang but berkapasiti 658 liter yang boleh diperluas sehingga 1,909 liter dengan melipat tempat duduk barisan kedua dan ketiga. Ruang but terbabit boleh diakses menerusi pintu ‘tailgate’ automatik dan mempunyai ruang storan tambahan di bawah lantai.
Antara kelengkapan standard yang disertakan termasuk paparan multimedia berukuran 12.3 inci dengan sokongan navigasi satelit, Apple CarPlay dan Android Auto, paparan ‘head up’, pengecas tanpa wayar, sistem pengudaraan tempat duduk dan cermin pandang belakang digital.
Highlander dipacu oleh sistem hibrid Toyota yang terdiri daripada enjin kitaran Atkinson 2.5-liter dan motor elektrik yang terletak pada gandar hadapan dan belakang. Sistem ini menjana kuasa maksimum sebanyak 244hp yang disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda AWD-i.
Pemandu mempunyai lima pilihan mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Trail dan EV. Menurut Toyota, penggunaan cermin hadapan akustik dan bahan penebat bunyi pada bumbung, papan pemuka, lantai serta gerbang roda menghasilkan suasana yang senyap di dalam kabin.
Dari segi keselamatan, Highlander didatangkan dengan pakej Toyota Safety Sense yang merangkumi Pre-Collision System, Adapative Cruise Control (ACC), Road Sign Assist (RSA), Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA), Automatic High Beam (AHB) dan sebagainya.
Erywan
Wed May 13 2020

.jpg?ext=.jpg)
“Berat Badan Saya Berbeza Dalam Satu Babak”- Sherry Alhadad Dedah Turun 16kg Masa Shooting The Maid 2
Wah Sherry beza 16kg dalam The Maid 2

Suspek Kelar Isteri & Anak Usia 44 Hari Dipercayai Alami Tekanan & Desakan Hidup
Apa nak jadi...

Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.