Toyota Lancar Varian ‘Entry Level’ GR Yaris Di Jepun
Erywan
04/06/2020 04:36 MYT
04/06/2020 04:36 MYT
Toyota mengumumkan barisan GR Yaris yang akan dijual di pasaran Jepun. Menurut Toyota, negara Matahari Terbit itu akan menerima tiga varian iaitu RZ, RC dan varian ‘entry level’ yang dikenali sebagai RS.
Tidak seperti RZ dan RC yang menampilkan enjin turbo 1.6-liter dengan kuasa berjumlah 272PS dan 370Nm, GR Yaris RS dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 1.5-liter Dynamic Force yang mempunyai hanya 120PS dan 148Nm.
Jika kedua-dua varian berprestasi tinggi tersebut dilengkapi dengan gabungan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda GR-Four. Ia berbeza pula bagi varian paling asas ini selepas mendapat transmisi Direct Shift CVT dengan ’10 kelajuan’ Sequential Shiftmatic yang ditugaskan untuk memacu roda hadapan.

Transmisi itu dilengkapi dengan teknologi gear pelancaran (launch gear) yang dikatakan dapat memberikan pecutan yang lebih responsif terutamanya pada kelajuan rendah. Selain itu, ia juga mempunyai paddle shifter untuk pengalaman memandu seakan kereta manual.
Apa yang menarik, walaupun mempunyai enjin, transmisi dan pacuan yang berlainan, GR Yaris RS hadir dengan kit badan, sistem suspensi dan sistem brek yang sama dengan RC dan RZ. Satu lagi kelebihan varian ini adalah ia 120kg dan 150kg lebih ringan berbanding kedua-dua varian yang lebih berkuasa itu.
Buat masa ini, pelanggan di Jepun boleh membuat tempahan secara dalam talian untuk varian RZ High-Performance First Edition dan RZ First Edition sehingga 30 Jun. Kedua-dua model ini hadir dengan komponen aerodinamik berwarna hitam matte serta pilihan bumbung karbon, tempat duduk sport premium dan tandatangan Morizo (Akio Toyoda) pada cermin hadapan.