Tempatan
Toyota Supra generasi baharu masuk Malaysia September ini
UMW Toyota (UMWT) dijangka bakal melancarkan Toyota Supra generasi baharu pada September ini.
Difahamkan, jentera berprestasi itu hadir dengan enjin 3. 0 liter turbo enam-silinder sebaris yang menjana output setinggi 335 hp dengan tork mencecah 495Nm.
Jentera itu akan dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan yang dipacu menerusi ke gandar belakang sahaja.
Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai julat harga dan spesifikasi lengkap untuk pasaran Malaysia.
Namun, difahamkan harganya mungkin lebih rendah dengan model asalnya dari jenama Eropah.
Apa yang boleh dikatakan, Malaysia bakal menerima kehadiran semula lagenda JDM!
Must-Watch Video