Mengambil ilham dari dalam litar perlumbaan, UWM Toyota Sdn Bhd memperkenalkan buat pertama kalinya di peringkat global menerusi model Vios GR-S, sebuah kereta yang dibangunkan di Malaysia dan menggunakan lencana Gazoo Racing Sport.


Kereta itu menjadi model GR Sport yang pertama dikeluarkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd di kilang Bukit Raja, Klang. Ia masih menggunakan enjin 1.5 liter yang menyalurkan 107PS dengan tork setinggi 140Nm, selain menggunakan transmisi CVT.


Bagi membezakan dengan versi standard, Vios GR-S memiliki beberapa ciri lain membabitkan:


1. Ia tampil dengan eksklusiviti lencana GR Sport, Vios GR-S menampilkan aerokit agresif yang terdiri daripada bentuk bampar depan yang mirip GR Yaris, bampar belakang lengkap dengan diffuser, spoiler hitam di belakang serta skirting sisi dan cermin sisi yang juga dihitamkan. Kereta ini kelihatan lebih teguh dengan rim 17-inci aloi yang digunakan, dengan saiz tayar 205/45R17.

2. Suspensi talaan sport bagi memberikan kendalian, kestabilan dan keselesaan sekali gus ketika dalam kelajuan tinggi, Vios GR-S datang dengan transmisi Continuosly Variable Transmission (CVT) 10-kelajuan yang boleh dikendalikan menggunakan Sports Mode dan paddle shifter, menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih berjiwa, ketika memulakan pergerakan dengan lebih baik mahupun dengan pecutan lebih pantas ketika di selekoh.

Konfigurasi terbaru ini membolehkan kereta ini menjadi lebih responsif dengan mengekalkan bacaan RPM yang tinggi untuk memberikan respon pendikit yang lebih baik secara keseluruhannya, terutamanya ketika memotong dan mula memecut.


3. Vios GR-S juga menawarkan ruang dalaman yang lebih selesa dan tersendiri, dengan latar warna hitam dan benang merah pada kerusi balutan kulitnya, logo GR yang timbul pada perehat kepala, stereng tiga jejari balutan kulit, tombol gear yang juga balutan kulit dan pengalas kaki dengan logo GR.

Butang penghidup enjin juga diberikan logo GR, sementara panel meter Optitron datang dengan jarum merah. Paparan multi-maklumat pada skrin 4.2-inci juga datang dengan animasi GR.


4. Vios GR-S hanya didatangkan dalam dua warna membabit Platinum White Pearl dan Red Mica Metallic.

Harganya pula, aksesori itu ia dijual pada harga RM7,700 membabitkan gril GR, suspensi, GR-S Aerokit, kerusi sukan yang dibalut suede dan kulit serta rim 17 inci. Ia boleh didapati secara eksklusif dari semua cawangan GR Garage dan pengedar Toyota yang ikut serta di dalam Vios Challenge.