Antarabangsa

Triumph Lancar Thruxton RS 2020, Harga Bermula RM86,900

gempak
Erywan
06/03/2020
09:50 MYT
Sponsor Banner
Triumph Lancar Thruxton RS 2020, Harga Bermula RM86,900
Motosikal ikonik warisan cafe racer, Triumph Thruxton RS 2020 turut memasuki pasaran Malaysia yang dijual pada RM86,900.
Pembaharuan yang dilakukan membabitkan enjin yang mana kuasa maksimumnya meningkat 8PS, ia kini memiliki 105PS dan tork setinggi 112Nm. Kuasa itu meningkat dengan penggunaan omboh bertekanan tinggi, sistem ambil udara dinaik taraf dan komponen enjin lebih ringan.
Penampilannya pula, ia hadir dengan kemasan hitam membabitkan rim, penutup enjin dan penyerap hentak daripada Ohlins RSU. Ia juga menerima sentuhan produk premium yang lain dengan penggunaan fork Showa dan untuk memberi kuasa hentian pula dibekalkan daripada Brembo.
Kawalannya pula, penunggang boleh memilih tiga mod tunggangan iaitu Sport, Road dan Rain, ia menggubah pemetaan pendidik, ABS dan Kawalan Cengkaman. Pada masa sama, ia dilengkapi bantuan klac Torque untuk memudahkan penunggang menarik klac tanpa menggunakan banyak tenaga.
Motosikal dengan berat kering mencecah 197 kilogram itu memiliki tangki minyak mencecah 14.5 liter yang mana tahap penggunaan purata bahan api hanya 4.9 liter setiap 100 kilometer. Harga yang dijual tidak termasuk cukai jalan dan insuran adalah RM86,900. Menariknya, penyelenggaraan adalah setiap 16,000km. Jadi boleh kata menjimatkan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024