Tempatan
Triumph Street Triple RS versi 2020 - Banyak ciri baharu, harga tetap sama!
Triumph Motorcycles Malaysia lancar Triumph Street Triple RS versi model 2020 di Litar Antarabangsa Sepang sempena MotoGP Malaysia 2019.
Versi terbaharu Street Triple dinaik taraf supaya menawarkan lebih kuasa dan tork, selain gaya lebih agresif. Triumph Street Triple RS ini adalah motosikal street bike yang paling ringan dalam kelasnya serta memberi pengendalian lebih tangkas.
Lebih menarik, spesifikasi standard bagi model itu dilengkapi dengan komponen premium membabitkan Brembo M50, suspensi Öhlins yang boleh dilaraskan sepenuhnya dan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3.
Bagi memudahkan anda mengetahui ciri baharunya, kami ringkaskan dengan terbahagi kepada:
Prestasi yang jauh lebih hebat – lebih kuasa, lebih tork
Jentera itu kini menggunakan enjin dengan piawaian Euro 5 yang signifikan yang mempunyai tiga silinder bersesaran 765cc. Enjin itu dihasilkan oleh pasukan enjin Moto2TM Triumph
Ia juga menyalurkan tork puncak yang lebih tinggi, iaitu 79Nm pada 9,350rpm, dengan tambahan tork pertengahan yang lebih tinggi sebanyak 9 peratus serta kuasa maksimum mencecah 123PS pada 11,750rpm.
Selain itu, pendikitnya yang lebih responsif serta padanan kotak gear yang rapi dan elegan, dengan klac slip dan assist
Gaya dan pembawaan yang lebih agresif
Bagi membezakan dengan varian terdahulu, ia kini dilengkapi lampu depan LED berkembar baharu yang tersendiri dengan lampu nyalaan siang.
Ia juga hadir dengan kemasan dan perincian yang lebih menarik pada seluruh motosikal, termasuklah cermin, pengapit bar hendal berjenama dan kerangka utama Titanium Silver baharu.
Tempat duduk penunggang dan pembonceng yang boleh ditukar, yang lebih ergonomik.
Teknologi yang lebh baik
Bagi memberi ciri yang lebih canggih, Triumph Street Triple RS dilengkapi dengan meter TFT yang dipertingkatkan termasuklah grafik dengan gaya baharu.
Ia juga mengikuti ciri teknologi seperti model-model baharu Triumph selepas dilengkapi sistem MyTriumph dengan menawarkan sambungan GoPro, pandu arah turn-by-turn, pengendalian muzik dan sambungan kepada telefon pintar.
Pada masa sama, ia juga dipadankan dengan Triumph Shift Assist baharu untuk menukar gear dengan lebih pantas serta mempunyai lima mod tunggangan membabitkan Road, Rain, Sport, Track, dan Rider.
Yang paling menariknya ialah harga Street Triple RS versi 2020 itu masih kekal tidak berubah daripada model yang sebelumnya. Ia dijual pada harga bermula RM67,900.
Jentera itu akan berada di semua bilik pameran Triumph Motorcycles Malaysia untuk pameran dan tempahan bermula hari ini, manakala penyerahan akan bermula pada Januari 2020.
Must-Watch Video