,
Tempatan

Ulasan Jujur Pandu Uji Porsche Taycan - Senyap Dan Pantas Yang Luar Biasa

Erywan
12/05/2021
03:26 MYT
Sebut sahaja Porsche, sudah pasti terlintas di minda anda ia sebuah kenderaan berprestasi buatan Jerman yang kaya dengan barisan enjin sama ada NA atau turbo.
Cuma sampai bila enjin biasa yang mempunyai kebuk pembakaran itu boleh kekal relevan. Maklumlah sudah ada beberapa negara maju yang buat tetapan bahawa bandar-bandar mereka bebas daripada rangkaian kuasa konvensional pada masa akan.
Justeru itu, banyak pemain-pemain pengeluar kenderaan sudah pun membina dan membangunkan kenderaan elektrik untuk kegunaan masa hadapan. Namun adakah kenderaan elektrik ini yang menggunakan motor lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan enjin konvensional.
Seiring dengan trend itu, Porsche sudah pun melahirkan sebuah kenderaan elektrik penuh menerusi Taycan yang dilancarkan pada 2019 dan ia diperkenalkan di Malaysia pada hujung tahun lalu. Bagi pasaran Malaysia, ia diperkenalkan dengan empat varian iaitu Porsche Taycan, Taycan 4S, Taycan Turbo dan Taycan Turbo S.
Bagus ker kenderaan elektrik daripada Porsche ini?
Bagi membuktikan Taycan sebuah kenderaan elektrik yang luar biasa, Sime Darby Auto Performance (SDAP) menganjurkan program ‘Taycan Experince’ di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, kepada pelanggannya serta turut disertai rakan media tempatan.
Bagi penulis yang masih ‘setia’ dengan enjin konvensional ini, menyangka bahawa kenderaan menggunakan motor elektrik ini tidak memberi rasa yang cukup bagus dan memuaskan. Maklumlah, jentera ini tidak mempunyai lubang ekzos untuk menyalurkan bunyi. Kalau anda nak tahu bagaimana bunyinya, ia berbunyi seperti anda menaiki LRT atau bermain kenderaan kawalan jauh yang menggunakan motor elektrik.
Pengalaman pertama penulis memandu Taycan ini adalah dengan mengujinya dalam ujian ‘drag race’. Di atas kertas, ia mempunyai tork sangat tinggi dan kuasa itu disalurkan secara terus motor ke roda. Jika menggunakan rangkaian kuasa biasa, kuasa dari enjin disalurkan ke kotak gear dan seterusnya ke roda. Mungkin siapa yang mempunyai masalah kesihatan, mungkin tidak sesuai untuk mencuba 'drag race' ini kerana G-Force cukup tinggi dah boleh mencecah lebih kepada 1G.
Sebaik penulis menekan pedal, kuasa yang dibekalkan cukup responsif dan mengejut. Bayangkan kurang 4 saat, ia boleh memecut antara 0-100km/j.
Pengendalian
Berhubung pengendalian pula, ini adalah satu kepakaran buat jenama Porsche yang mana mereka sudah lama berkecimpung dalam dunia permotoran.
Bayangkan kenderaan elektrik ini, cukup ‘sedap’ melayan selekoh di Litar Antarabangsa Sepang seolah-olah penulis memandu seperti kenderaan yang menggunakan enjin konvensional.
Setiap selekoh mampu dikawal dengan baik dan selamat pada kelajuan tinggi, tiada rasa langsung kenderaan ini mahu membuang atau hilang kawalan. Lagi pun ia mempunyai pusat graviti yang rendah, sebab itu kawalan di selekoh sangat baik.
Cuma yang memberi kelebihan terhadapnya adalah kuasa yang dibekalkan itu sangat responsif. Tanpa penulis sedar bahawa kelajuan mahu mencecah hampir 200km/j.
Sejauh mana ia boleh dipandu satu cas penuh?
Buat mereka yang mahu memiliki kenderaan elektrik yang sporty, kuasa mantap serta mempunyai kapasiti empat tempat duduk, Taycan ini adalah pilihan anda yang paling tepat.
Selain dari ciri itu, purata jarak yang boleh dipandu oleh Taycan ini melebihi 300 kilometer dengan sekali cas penuh. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak mungkin tidak perlu berhenti untuk mengecas bateri.
Jika memandu dari utara ke selatan melalui lebuh raya, ia memberi kelebihan kepada pengguna Taycan ini kerana di laluan berkenaan mempunyai 15 pusat pengecas yang disediakan membabitkan enam di Stesen Minyak Shell, lima (Caltex) dan tiga Pusat Pameran Porsche di Pulau Pinang, Ara Damansara, Sungai Besi serta Johor Bahru. Di stesen minyak, sistem pengecas yang digunakan adalah berkapasiti 50kW, manakala 175kW untuk Pusat Pameran Porsche.
Jadi apa yang boleh penulis boleh katakan, ini adalah kenderaan elektrik yang lengkap segalanya dari segi prestasi dan kawalan. Ini kenderaan sport masa depan yang dijual pada masa ini.
Spesifikasi mengikut varian:
Porsche Taycan
  • 0-100km/j: 5.4 saat
  • Kuasa Maksimum: 408PS
  • Kelajuan Maksimum: 230km/j
  • Harga: Bermula RM584,561
Porsche Taycan 4S
  • 0-100km/j: 4.0 saat
  • Kuasa Maksimum: 530PS
  • Kelajuan Maksimum: 250km/j
  • Harga: Bermula RM699,986
Porsche Taycan Turbo
  • 0-100km/j: 3.2 saat
  • Kuasa Maksimum: 680PS
  • Kelajuan Maksimum: 260m/j
  • Harga: Bermula RM963,297
Porsche Taycan Turbo S
  • 0-100km/j: 2.8 saat
  • Kuasa Maksimum: 761PS
  • Kelajuan Maksimum: 260m/j
  • Harga: Bermula RM1,151,779
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Sule Jual Semua Kereta Mewah Dari Mustang Hingga Porsche, Sekarang Pakai Innova

gempak
14/05/2024
14:55 MYT
Namun Sule mengaku sudah menjual kesemua kenderaan mewahnya.
Laman Utama

Harga Lembu Jantan Ini Lebih Mahal Dari Kereta Porsche Taycan, Pemilik Kata: “Ia Miliki Daya Tarik Seksual”

gempak
30/09/2022
12:43 MYT
Andrew Bassingthwaighte mengatakan lembu jantan dari jenis Gertrudis itu telah laku terjual dengan nilai sebesar A$250,000 atau bersamaan RM1.161 juta!
Laman Utama

“Allah Telah Makbulkan…”- Zara Zya Miliki Porsche Bernilai Lebih Setengah Juta

gempak
02/03/2022
09:47 MYT
Wah bestnya kereta Zara Zya
drebar

Porsche Taycan Cross Turismo, Ada 3 Varian Harga Bermula RM645,209

gempak
15/10/2021
01:39 MYT
Dilengkapi teknologi inovatif 800-Volt yang berkeupayaan untuk pengecasan pantas, jarak pemanduan yang jauh serta memiliki ruang kabin luas.
drebar

Porsche 911 Carrera 3.0 RSR IROC Pernah Dimiliki Pablo Escobar Ini, Bakal Dijual Lebih RM3.55 Juta

gempak
07/10/2021
03:54 MYT
Jentera itu dijual secara bidaan yang mana proses itu bakal tamat kurang daripada 24 jam.
BorakSeeni