Sempenan pelancaran Toyota Hilux versi 2020 tidak lama lagi, UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan harga jentera itu bermula RM92,880 sehingga RM146,880.

Versi 2020 yang dinaik taraf itu akan ditawarkan dengan lima varian membabitkan Single Cab 2.4 MT, Double Cab 2.4 G MT, Double Cab 2.4 E AT, Double Cab 2.4 V AT dan Double Cab 2.8 Rogue A/T.

Pelanggan juga boleh memilih tujuh warna luaran bagi Hilux 2020 menerusi Bronze Mica Metallic (warna baharu), Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II. Bagi Hilux Single Cab, ia hanya ditawarkan dengan warna putih sahaja.


Walaupun generasi kelapan Hilux sekarang sudah mencapai penarafan 5 bintang maksimum dari ASEAN NCAP, ia terus diperbaiki dalam aspek keselamatan dengan penyertaan sistem Toyota Safety Sense (Hilux 2.8 Rogue).

Mereka yang membuat tempahan awal bagi Double Cab 2.8 Rogue A/T, harganya adalah RM144,880 iaitu lebih murah RM2,000.

Ini senarai harga Toyota Hilux 2020 mengikut varian: