Antarabangsa

UMW Tutup Operasi Toyota Dan Lexus, Toyota Vios Challenge Turut Dibatalkan

gempak
Erywan
19/03/2020
02:59 MYT
Sponsor Banner
UMW Tutup Operasi Toyota Dan Lexus, Toyota Vios Challenge Turut Dibatalkan
Dalam menyokong dan mematuhi arahan pengumuman Kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, UMW Toyota mengumumkan bahawa pengedar Toyota dan Lexus akan menghentikan operasi hariannya bermula semalam sehingga 31 Mac ini.
Presidennya Ravindran K berkata, penutupan itu adalah untuk menjaga kebajikan keselamatan pekerja, pemegang saham dan pelanggan.
“Walaupun penutupan operasi, kami akan terus menyediakan sebarang bantuan yang pelanggan perlukan berkaitan dengan kenderaan Toyota dan Lexus,” katanya.
Operasi kilang Assembly Services Sdn Bhd akan ditutup bermula semalam dan buat masa ini tiada rancangan untuk menutup operasi lain di luar Malaysia.
Pada masa sama, Toyota Gazoo Racing Festival dan Toyota Vios Challenge yang dijangka diadakah pada 18 sehingga 19 April ini dibatalkan.
Bagaimanapun, perlumbaan tersebut akan dijadualkan semula dan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live