Antarabangsa
UMWT Menyambut Baik Inisiatif Pengecualian Cukai Jualan Untuk Industri Automotif
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menyambut baik pengumuman insentif yang diberikan kepada industri automotif Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presidennya Ravindran K berkata, ini memang berita baik untuk industri automotif dan pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana membantu sektor ini.
Menurutnya, ia akan memberi penjimatan kepada pelanggan dan pihaknya mengharapkan bahawa penurunan harga akan membantu menghidupkan semula industri automotif.
“Kami sudah mempunyai model baru yang dirancang untuk dilancarkan tahun ini.
"Dengan pengecualian cukai, kami akan membuat penyesuaian yang relevan dengan harga runcit semua model kami bermula 15 Jun ini," katanya.
Insentif itu adalah sebahagian dari Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek untuk mengimbangi kesan pandemik COVID-19.
Antara 15 Jun dan 31 Disember 2020, kerajaan memberi pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang. Untuk model pemasangan tempatan (CKD), pengecualian adalah 100 peratus sementara untuk model import (CBU), 50 peratus.
Must-Watch Video