ANTARABANGSA
Unit Pertama Nissan GT-R50 Akhirnya Dilancarkan, Harga Hampir 5 Kali Ganda GT-R Nismo
Apa yang kita lihat sebelum ini ialah model prototaip dan gambar kemasan Nissan GT-R50. Sebuah model supercar yang terhasil menerusi kerjasama Italdesign dan Nissan.
Italdesign melancarkan model pertama GT-R50 dari Litar Tazio Nuvolari di Cervesina, Itali menerusi penstriman video. Rancangan asal pelancaran ialah di Geneva, tetapi terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid-19.

Selepas mempersembahkan prototaip itu kepada dunia, Nissan dan Italdesign membuat keputusan untuk melancarkan model kegunaan jalan raya yang dihadkan kepada 50 unit. Kereta GT-R50 pertama akan dihantar kepada pelanggan lewat tahun ini atau awal 2021.

Italdesign menutup operasi sebelum ini disebabkan langkah-langkah kawalan oleh kerajaan Itali dan mencegah penularan wabak Covid-19.

Badan luaran kereta ini banyak menerima kemas kini menarik membabitkan set lampu utama hingga ke bampar belakang. Kabin pun ada sedikit pembaharuan.

Spoiler belakang GT-R 50 ada kelebihan iaitu ia boleh diselaras. Rim aloi 21 inci kustom dikenakan pada model ini.

GT-R50 ini menggunakan enjin 3.8 liter V6 turbo berkembar yang mampu menjana 720PS dengan tork puncak 780Nm. Kotak gear digunakan ialah enam kelajuan sequential dengan klac berkembar.

Walaupun Nissan sudah lama membuka tempahan GT-R 50 iaitu sejak Disember 2018 dengan hanya 50 unit, masih ada unit kosong untuk ditempah. Agak misteri model ini kurang meraih sambutan dan belum habis ditempah peminat dunia.

Must-Watch Video