Antarabangsa
Untuk Kurangkan Beban, HSDM Beri Bantuan Subsidi Kepada Pengedar dan Perunding Jualan
Bagi menjaga kebajikan pekerja untuk mencegah kehilangan pekerjaan dan kelangsungan hidup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara proaktif menawarkan subsidi untuk pengedar dan perunding penjualan untuk mengurangkan kekangan kewangan mereka.
HSDM akan memberikan Elaun Kesulitan bulanan khas kepada perunding penjualan dari April sehingga Jun. Subsidi itu hanya diberikan kepada perunding jualan yang sudah berkhidmat lebih tiga bulan. Perunding jualan akan menerima subsidi berkenaan melalui pengedar mereka.
Bagi pengedar pula, mereka diberi subsidi perbelanjaan pemasaran dalam talian dan pembelian alat pembersih tangan, pembasmi kuman dan termometer untuk digunakan di pusat jualan dan servis. Ia sekali gus meyakinkan keselamatan orang ramai yang berkunjung dan mengekang penyebaran Covid-19.
Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, Covid-19 memberi kesan buruk kepada sektor kenderaan.
“Kami memahami kesukaran mereka, berharap subsidi itu dapat membantu meringankan beban kewangan dan mengurangkan kos perbelanjaan membeli produk kesihatan untuk keselamatan di semua pusat penjualan dan servis Hyundai yang sah,” katanya.
Must-Watch Video