Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.

Dalam episod keempat malam ini, nampaknya pasangan ini berkesempatan pergi ke air terjun Pelangi di Sungai Lembing untuk menyaksikan sendiri keindahan kawasan tarikan pelancong itu.

Tetapi, tidak semuanya mudah buat mereka berdua. Ada beberapa cabaran yang terpaksa ditempuh untuk sampai ke kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan dia mendapat satu tawaran berlakon daripada sebuah pihak produksi.



Namun dirinya berbelah bahagi apabila memikirkan soal kerjaya dan keluarga selepas tawaran yang diterima memerlukan dia berlakon agak daring.

Kamal tidak menghalang kerjayanya sebagai seorang anak seni tetapi untuk berlakon dalam sebuah karya yang daring, anak kelahiran Pahang itu nampaknya tidak selesa.

“Saya sebagai suami, saya tak setuju sangat bila dia dapat watak macam tu. Kita orang Melayu, kita bukan Hollywood. Kita ada adat kita sendiri. Terbuka sini, terbuka sana, Uqasha pula isteri orang,” ujar Kamal.

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.

Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.