Valentino Rossi Umum Bersara MotoGP, Adakah Beliau Beralih Arah Ke Perlumbaan Empat Roda? Ini Jawapannya
Erywan
06/08/2021 03:59 MYT
06/08/2021 03:59 MYT
Ini adalah tahun terakhir buat pelumba, Valentino Rossi dan Petronas Sepang Racing Team (SRT) adalah destinasi terakhirnya dalam sukan perlumbaan kelas premier itu.
Pengumuman itu dibuat pada sesi sidang media menjelang GP Styria hujung minggu ini.
“Ini adalah satu saat yang sukar untuk perkatakan kerana saya sudah terbabit dengan sukan permotoran hampir 30 tahun,” katanya.
Rossi adalah pelumba MotoGP paling berjaya dalam sejarah sukan itu dengan sembilan kejuaraan dunia yang mana tujuh daripadanya di kelas premier.
Sepanjang kariernya, beliau sudah menunggang beberapa jenama jentera lumba termasuk Aprilia, Honda, Yamaha dan Ducati dalam sukan perlumbaan berkenaan.
Bagaimanapun berdasarkan laporan portal motorsportmagazine, beliau akan beralih arah dari menyertai perlumbaan dua roda kepada empat roda. Rossi dipetik dalam laporan itu berkata, dia mula menyukai untuk berlumba dengan memandu kereta.
"Saya rasa saya akan berlumba dengan kereta mulai tahun depan. Tetapi sekarang, sedang dalam proses dan belum diputuskan.
“Saya merasakan bahawa saya adalah penunggang atau pemandu sepanjang hayat. Oleh itu, saya hanya menukar dari motosikal ke kereta, tidak pada tahap yang sama.
"Buat masa ini saya tidak tahu kereta mana, saya tidak tahu perlumbaan mana. Saya mengatakan bahawa saya ingin berlumba di 24 Hours of Le Man dan mempunyai banyak perlumbaan kereta di seluruh dunia, jadi saya rasa saya dapat menikmati,” katanya.