Vespa GTS 300 HPE Super Tech, Ada Panel Instrumen TFT Berwarna
Erywan
03/12/2020 06:22 MYT
03/12/2020 06:22 MYT
Dalam banyak-banyak model Vespa yang ada di Malaysia, GTS 300 HPE Super Tech ini boleh dikatakan sebuah skuter jenama Itali paling canggih dalam segmennya.
Biarpun harganya mencecah RM33,300 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ciri teknologi yang ada pada skuter itu adalah cukup menarik dan sangat sesuai dengan harganya itu.
Mana tidaknya, Vespa GTS 300 HPE Super Tech ini didatangkan dengan panel instrumen TFT berwarna yang bersaiz 4.3 inci. Fungsinya cukup banyak dan banyak memberi kemudahan kepada penunggangnya.
Selain memberi informasi berhubung kelajuan, instrumen TFT itu menyalurkan maklumat lengkap skuter berkenaan berhubung jarak tunggangan yang ada pada tangki, suhu persekitaran dan banyak lagi.
Namun yang paling menarik adalah sistem ketersambungan telefon pintar Vespa MIA. Sistem itu membolehkan penunggangnya mendapat notifikasi media sosial, menjawab telefon, mengawal muzik melalui telefon dan navigasi.

Dari segi prestasinya, enjin baharu High Performance Engine (HPE) itu mampu meningkatkan kuasa dan pada masa sama mengurangkan tahap penggunaan minyak serta kurang bising. Enjin 300cc itu menggunakan kepala silinder baharu, penambah baikan ciri termodinamik, kebuk pembakaran lebih cekap dan meluaskan diameter injap dan salurannya.
Justeru itu, outputnya meningkat 1.8hp dan tork tambahan sebanyak 4Nm untuk menjadikan kuasa maksimumnya mencecah 23.8hp dan tork setinggi 26Nm. Jadi ia boleh memecut 0-96km/j dalam 5.4 saat berbanding 5.7 saat bagi enjin 300cc generasi sebelumnya.
Untuk mengurangkan pengisian minyak yang kerap, kapasiti tangkinya ditambah 0.5 liter menjadikan ia kini mencecah 8.5 liter. Bagi satu isian penuh, ia boleh ditunggang melebih 200km.
Ciri keselamatannya pula, ia didatangkan dengan ciri kawalan cengkaman elektronik (ASR) serta didatangkan ABS untuk brek hadapan dan belakang. Bagi pilihan warna ia ditawarkan dengan Gray Avio dan Nero Vulcano.