Tempatan

Vespa Lancar Versi Ulang Tahun Ke-75, Guna Warna Popular Ketika Era 1940-an

gempak
Erywan
10/03/2021
09:14 MYT
Sponsor Banner
Vespa Lancar Versi Ulang Tahun Ke-75, Guna Warna Popular Ketika Era 1940-an
Selain Honda Cub, Vespa juga boleh dikatakan sebagai antara kenderaan dua roda paling ikonik pernah dihasilkan. Ini terbukti menerusi reka bentuknya yang tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan model pertama yang diperkenalkan pada 1946.
Bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-75 pada April depan, Vespa memperkenalkan model edisi istimewa bagi Primavera (50, 125 dan 150cc) dan GTS (150 dan 300cc). Kedua-duanya didatangkan dalam warna kuning metalik ‘Giallo 75th’, sebuah inteprestasi segar bagi warna yang popular ketika era 1940-an. Selain itu, model ulang tahun ini menampilkan grafik ‘75’ dalam tona emas yang lebih gelap pada bahagian badannya. Warna ini juga digunakan untuk menghiasi ‘tali leher’ yang terletak pada bahagian hadapan.
Sebagai sebuah skuter yang bergaya, versi ini juga didatangkan dalam dengan trim krom pada mudguard hadapan, cermin sisi, ekzos dan panel instrumen, serta balutan kulit nubuck yang lembut pada bahagian pelana. Rim pula ditampilkan dalam warna dwi-tona dengan kemasan aluminium di sekelilingnya.
Di belakang, terdapat sebuah beg berbentuk bulat yang kelihatan tidak ubah seperti ruang penyimpanan tayar gantian yang digunakan oleh model Vespa klasik. Beg itu boleh dicabut daripada rak dan mempunyai tali galas supaya mudah dibawa. Ia juga didatangkan dengan pelindung kalis air yang boleh digunakan ketika hujan. Dari segi kelengkapan, semua model edisi ulang tahun tersebut dilengkapi dengan skrin warna TFT berukuran 4.3 inci, lengkap dengan fungsi ketersambungan telefon pintar Vespa MIA.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menerima pek istimewa yang mengandungi skarf sutera Itali, buku pemilik, plat keluli vintaj serta lapan keping poskad yang memaparkan setiap era Vespa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live