Video: Aprilia Lancar Tuono 660
Erywan
18/02/2021 02:23 MYT
18/02/2021 02:23 MYT
Aprilia baru saja memperkenalkan Tuono 660 menerusi platform Youtube pada tanda harga £9,700 (RM54,447). Kemunculan model terbabit menjejaki langkah sportbike RS660 yang diperkenalkan tahun lalu dan kini sudah pun di jual di pasaran United Kingdom.
Tuono 660 seberat 183kg berkongsi frem aluminium dan enjin dua silinder seperti abang fairing penuh. Enjin 659cc silinder berkembar parallel menggunakan aci 270 darjah dan separuh dari bahagian depan unit V4 boleh ditemui pada model superbike RSV4 1100.
Rekaan Tuono 660 lebih ringkas menerusi penggunaan frem aluminium yang disambungkan kepada lengan ayun aluminium bersama suspensi Kayaba boleh laras untuk keselesaan serapan hentakan di jalan tidak rata.
Walaupun menggunakan casis yang sama dengan RS, spring KYB menampilkan tetapan unik tersendiri. Bagi memastikan semuanya dalam keadaan terkawal Tuono 660 ditawarkan dengan ciri peralatan elektronik lengkap seperti Kawalan Traksi Multi-Peringkat, Kawalan Kruise Anti Wheelie, ride by wire throttle dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).
Selain itu, Aprilia menawarkan lima mod tunggangan kustom yang boleh dikawal menerusi papan pemuka TFT berwarna. Tiga mod ditawarkan untuk kegunaan jalan raya, manakala dua mod untuk kegunaan trek.
Penampilan luaran Tuono banyak meminjam dari model Aprilia Tuono V4 1100 Factory menerusi lampu pencahayaan LED, kemasan badan 'Concept Black', 'Iridium Grey' atau 'Acid Gold' yang pernah dilihat pada model RS660.