Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Video: Pengasas Dan CEO Koenigsegg ‘Belanja’ Perincian Jesko

Erywan
21/07/2021 07:12 MYT
Sebelum Koenigsegg Jesko yang dijadual diserahkan kepada pelanggan pada musim bunga pada 2022, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Christian von Koenigsegg mengeluarkan video rasmi perincian prototaip pra pengeluar jentera berkenaan.

Jentera yang bakal dihasilkan 125 unit itu menggunakan enjin 5.0 liter twin-turbocharged V8 dengan menyalurkan 1,578hp dengan tork setinggi 1,500Nm.


Pada bentuk luarannya, ia dicat dengan warna Tang Orange Pearl yang diambil daripada inspirasi Koenigsegg CCR. Ia juga warna pilihan bagi model Koenigsegg yang mencecah 50 peratus.

Jesko pra pengeluaran itu menggunakan pakej aero ekstrem membabitkan peresap gentian karbon dan spoiler aktif yang direka menggunakan konsep sama seperti model Koenigsegg One:1.


Ruang bonet hadapan jika dibuka terletaknya lubang udara untuk memberi tekanan ‘down force’ dan ia tidak boleh memuatkan bumbung Jesko sekiranya dibuka.

Di dalamnya, pengasas Koenigsegg menunjuk kluster digital instrumen pada roda stereng dan bukannya pada papan pemuka, dua tempat letak minuman, 3 USB pot untuk pengecas dan banyak lagi.


Ia juga sedikit luas sekali gus memberi keselesaan kepada penumpang dan pemandu, selain cermin hadapan lebih besar untuk memberi pemandangan yang jelas.

Koenigsegg masih belum mendedahkan catatan prestasi kereta ini tetapi kami menjangkakan ia pasti agak pantas berbanding saingannya yang lain. Saksikan perincian dalaman dan luaran Jesko di video di bawah:

#Koenigsegg
;