[Video]-Mountune naik kuasa Ford Focus RS sehingga 513hp!
Erywan
21/08/2019 04:53 MYT
21/08/2019 04:53 MYT
Buat peminat Ford Focus RS, artikel ini mungkin membuat anda rasa gembira untuk meningkatkan lagi kuasa jentera anda.
Berdasarkan talaan Mountune, pihaknya menawarkan kit baharu untuk memberi lebih kuasa kepada model hatchback itu berbanding standard.
Syarikat berkenaan menawarkan dua pakej berbeza iaitu m450 dan m520. Bagi pakej m450, ia meningkatkan prestasi kenderaan sehingga 444hp dengan tork setinggi 580Nm.
Pakej m520 pula, ia memberi lebih ‘perisa’ dengan kuasa output yang boleh mencecah 513hp dan tork mencecah 700Nm.
Rahsia untuk meningkatkan kuasa itu, kenderaan berkenaan ditukar dengan turbo jenama BorgWarner EFR Series.
Mountune menyesuaikan turbo dengan roda turbin rendah inersia dan galas bola seramik dwi-baris bagi pakej m450. Kit itu juga mempunyai penyesuai turbo yang disemak semula, downpipe, dan penukar pemangkin aliran tinggi.
Jika mahu memiliki pakej itu, harga yang anda perlu bayar £2,950 (RM14,965). Lihat pada harga itu dan peningkatan kuasa yang mantap, ia boleh dikatakan agak berbaloi.