Tempatan

Volkswagen Arteon bakal masuk Malaysia, ini 9 perkara yang anda perlu tahu!

gempak
Erywan
24/07/2019
03:06 MYT
Sponsor Banner
Volkswagen Arteon bakal masuk Malaysia, ini 9 perkara yang anda perlu tahu!
Dalam masa beberapa bulan lagi, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal melancarkan model baharu keluarannya menerusi model Volkswagen Arteon.
Jentera yang diimport sepenuhnya itu akan hadir dengan varian Arteon R-Line yang dijangka akan dijual antara RM290,000 sehingga RM310,000.
Jadi sebelum pelancaran itu, drebar mahu berkongsikan apa yang ada pada model berkenaan. Jadi ini fakta-fakta awal yang kami tahu tentang kenderaan berkenaan, ia membabitkan:
  1. Ia menampilkan rekaan yang mengagumkan apabila dilihat dari semua sudut, fastback lima pintu itu adalah model utama Volkswagen dan menawarkan reka bentuk avant-garde bersama pengendalian dinamik.
  2. Namanya menjadi refleksi sebenar penampilannya ‘Art’ menerangkan tentang garis-garis badan sebuah fastback yang harmoni dan beremosi.
  3. Sebutan ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai sebuah model premium Volkswagen. Arteon sebelum ini pernah dipilih sebagai pemenang 'Golden Steering Wheel 2017', satu daripada anugerah automotif paling berprestij di Eropah.
  4. Arteon dikuasakan oleh enjin turbo a 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah direct shift gearbox (DSG) 7-kelajuan.
  5. Kuasa output mencecah 280PS dan tork setinggi 350Nm yang boleh dicapai di antara 5,100 hingga 6,500rpm. Kuasa daripaa enjin itu disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION.
  6. Ruang dalaman dilengkapi Paparan Info Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT), tetapan baru membolehkan ubah suai dan paparan peta sepenuhnya dibuat.
  7. Sistem infohibur Discover Pro baharu yang terdiri daripada skrin bersaiz 9.2 inci pula hadir dengan ciri kawalan gestur dan Ketersambungan Aplikasi tanpa Wayar (CarPlay, Android Auto dan MirrorLink).
  8. Untuk memberi lebih kemudahan, kamera 360-darjah yang baru membolehkan pemandu melihat kawasan di sekeliling kenderaan menerusi empat unit kamera bersepadu.
  9. Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line. Ia didatangkan dengan lapan warna membabitkan kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).
Sebelum pelancarannya, Arteon bakal membuat penampilan awal di bilik-bilik pameran Volkswagen dan ini perincian lokasinya:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live