,
Tempatan

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Versi CKD Buka Tempahan, Harga Bermula RM245,000

Erywan
17/06/2021
02:53 MYT
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka pra-tempahan untuk Arteon R-Line 4MOTION baharu yang dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang.
Arteon baharu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM245,000 hingga RM255,000 apabila dilancarkan kelak. Ia juga hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti kemas kini pada bahagian dalaman dan luaran, selain teknologi dan enjin baharu.
Menjadi model pertama yang menggunakan logo Volkswagen dan R baharu, karakter atletik Arteon R-Line diserlahkan dengan kemasan R-Line yang sporty.
Gril dan bampar hadapan yang direka semula kini kelihatan lebih mantap bersama lampu utama LED penuh. Pada bahagian belakang, lampu LED 3D dengan lampu isyarat membelok berturutan meningkatkan lagi karekter reka bentuk Arteon.
Ia dikuasakan enjin turbo 2.0L TSI yang turut dipadankan bersama kotak gear direct shift klac basah 7-kelajuan DSG dengan menghasilkan kuasa 280PS dan tork sebanyak 350Nm di antara 5,100 hingga 6,500rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan semua roda 4MOTION yang mana ia hanya memerlukan masa 5.6 saat untuk memecut dari 0-100km/j.
Ruang kokpit yang menerima perubahan termasuklah stereng dengan kawalan sentuhan haptik, tempat duduk sports dibalut kulit Nappa Carbon bersama logo R baharu serta sistem audio 12 unit pembesar suara premium berkuasa 700-watt daripada Harman Kardon.
Sistem hiburan Discover Pro dengan skrin bersaiz 9.2 inci didatangkan bersama ciri kawalan gestur dan suara, selain menyokong sistem App-Connect untuk Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Pada masa sama, pemandu dihidangkan dengan Digital Cockpit beresolusi tinggi yang menawarkan kemudahan dan boleh diubah suai dengan hanya sentuhan jari. Sistem keselamatan menjadi keutamaan, jadi sistem bantuan pemandu termaju hadir dengan ciri Lane Assist, Side Assist dan Driver Alert.
Arteon R-Line 4MOTION baharu didatangkan dalam lima warna pilihan warna metalik ialah biru (Lapiz Blue), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Pyrite Silver). Bagi warna dengan efek mutiara pula ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White).
Tempahan boleh dibuat di eShowroom. Maklumat lanjut, sila layari laman Arteon R-Line 4MOTION di https://www.volkswagen.com.my/the-new-arteon-r-line-4motion
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi ..."

gempak
26/06/2024
00:03 MYT
Pemilik kenderaan jenis Volkswagen Beetle putih yang tular video paip sisa makanan bocor di ruang parkir sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, Eyera Azlan tampil menceritakan detik malang yang dialaminya.
drebar

Selepas 19 Tahun Parkir, Akhirnya Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 Bakal Dijual

gempak
13/07/2021
07:52 MYT
Kenderaan itu baharu sahaja dipandu 12.8 kilometer (km) dan hanya satu pemilik sahaja.
drebar

Volkswagen Malaysia Tawar Penjimatan Prihatin Dan Kos Efektif Kepada Pemilik Kenderaan

gempak
08/07/2021
08:07 MYT
Inisiatif itu dalam usaha meringankan beban pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini.
drebar

Volkswagen ID.4 GTX - SUV Elektrik Berprestasi Memiliki 295hp

gempak
04/05/2021
04:10 MYT
Kelajuan maksimumnya pula dihadkan pada 180km/j.
drebar

Volkswagen Golf GTI Clubsport 45 - Edisi Ulang Tahun Golf GTI Yang Ke-45

gempak
05/03/2021
03:06 MYT
Apa yang menjadikan edisi Clubsport 45 berbeza adalah penambahan pakej luaran dan dalaman.
Unitar