Volkswagen Golf GTI Mark 1 ‘Kondisi Muzium’ Ini Mungkin Dijual Mencecah RM230,000
Erywan
12/03/2020 09:28 MYT
12/03/2020 09:28 MYT
Volkswagen Golf GTI generasi kelapan baharu sahaja diperkenalkan secara global baru-baru ini yang hadir dengan teknologi canggih serta reka bentuk terkini.
Pastinya model itu ditunggu-tunggu peminatnya di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Namun kita lupa seketika tentang model baharu itu. Ini kerana ada lagi berita yang lebih ‘baik’ berhubung Golf GTI Mark 1 atau generasi pertama dengan 'kondisi muzium' sedang mencari pemilik baru.
Ia dijangka akan dijual menerusi bidaan dengan boleh mencecah £42,000 (RM229,373) dan bermakna, harganya lebih mahal lapan kali ganda daripada asal iaitu £5,100 (RM27,852) pada 1979.
Generasi pertama yang mencari pemilik baharu itu, seolah-olah masih lagi cantik biarpun sudah berumur mencecah 41 tahun. Ia adalah model hot hatch pertama untuk pemanduan sebelah kanan yang memasuki pasaran United Kingdom pada 1979. Buat masa ini, ia baru sahaja dipandu 27,358 kilometer.
Jentera itu pernah tampil dalam beberapa rancangan televisyen yang dihoskan oleh Jeremy Clarkson dan Quentin Willson, selain menjadi penghias dalam majalah kereta.
Lebih menariknya, ia menggunakan kotak gear empat kelajuan, yang mana ia hanya dijual di UK dalam tempoh tiga bulan sebelum digantikan transmisi lima kelajuan.
Ia menggunakan kerusi balutan kain tartan perak dan hitam, tombol gear berbentuk bulat dan roda stereng tiga batang. Jentera itu dijangka dijual menerusi bidaan oleh The Market bermula 19 sehingga 25 Mac ini.
Sementara itu, Pengarah The Market, Tristan Judge berkata, ini mungkin peluang terakhir untuk memiliki GTI Mk1 yang berkualiti.
"Ini adalah kereta untuk dijadikan koleksi yang unggul dan peluang untuk memilikinya tidak datang untuk kali kedua,” katanya.