TEMPATAN
Volkswagen ID.4 GTX - SUV Elektrik Berprestasi Memiliki 295hp
Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Volkswagen ID.4 yang diperkenalkan pada September tahun lalu kini mempunyai versi berprestasi tinggi yang dikenali sebagai ID.4 GTX.
Tidak seperti versi standard yang mempunyai sebuah motor elektrik yang diletakkan pada gandar belakang, versi GTX ini didatangkan dengan sepasang motor elektrik pada bahagian hadapan dan belakang, sekaligus memberikannya pacuan semua roda (AWD).

Untuk perbandingan, ID.4 melakukan memerlukan 8.5 saat untuk melakukan pecutan 0-100km/j manakala kelajuan maksimumnya juga lebih rendah iaitu 160km/j.

Sistem AWD model ini dikawal oleh sistem elektronik yang berfungsi untuk menentukan bagaimana tork disalurkan bagi mendapatkan keseimbangan dari segi kecekapan tenaga dan prestasi.

Sepadan dengan prestasinya yang lebih tinggi, ID.4 GTX tampil dengan rekaan bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty, bumbung dan spoiler berwarna hitam serta kluster lampu belakang 3D dan lampu brek yang membentuk huruf ‘X’.

Model ini akan memasuki pasaran Eropah bermula musim panas tahun ini. Di Jerman, ia dijual pada harga 50,415 Euro (RM249,541) termasuk subsidi bernilai 7,500 Euro (RM37,123) yang boleh dimohon oleh pelanggan.
Must-Watch Video