Volkswagen ID.4 GTX - SUV Elektrik Berprestasi Memiliki 295hp
Erywan
04/05/2021 04:10 MYT
04/05/2021 04:10 MYT
Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Volkswagen ID.4 yang diperkenalkan pada September tahun lalu kini mempunyai versi berprestasi tinggi yang dikenali sebagai ID.4 GTX.
Tidak seperti versi standard yang mempunyai sebuah motor elektrik yang diletakkan pada gandar belakang, versi GTX ini didatangkan dengan sepasang motor elektrik pada bahagian hadapan dan belakang, sekaligus memberikannya pacuan semua roda (AWD).
Penambahan satu lagi ‘nadi’ itu menyaksikan lonjakan kuasa yang siginifikan iaitu dari 201 hp (150 kW) kepada 295 hp (220 kW). Ini membolehkan ID.4 GTX memecut dari 0 hingga 60km/j dalam 3.2 saat dan dari 0 hingga 100km/j dalam 6.2 saat. Kelajuan maksimumnya pula dihadkan pada 180km/j.
Untuk perbandingan, ID.4 melakukan memerlukan 8.5 saat untuk melakukan pecutan 0-100km/j manakala kelajuan maksimumnya juga lebih rendah iaitu 160km/j.
Kuasa untuk kedua-dua motor elektrik tersebut dibekalkan oleh pek bateri lithium-ion berkapasiti 77kWj yang mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 480km dengan satu cas penuh.
Sistem AWD model ini dikawal oleh sistem elektronik yang berfungsi untuk menentukan bagaimana tork disalurkan bagi mendapatkan keseimbangan dari segi kecekapan tenaga dan prestasi.

Dalam erti kata lain, hanya motor elektrik belakang yang akan digunakan dalam kebanyakan situasi pemanduan. Motor elektrik hadapan pula akan diaktifkan apabila pemandu memandu secara agresif di mana tahap cengkaman dan kuasa yang lebih tinggi diperlukan.
Sepadan dengan prestasinya yang lebih tinggi, ID.4 GTX tampil dengan rekaan bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty, bumbung dan spoiler berwarna hitam serta kluster lampu belakang 3D dan lampu brek yang membentuk huruf ‘X’.
Ruang dalamannya pula kelihatan sedikit berbeza dengan warna X-Blue pada bahagian atas papan pemuka dan panel pintu, serta jahitan kontras berwarna merah pada tempat duduk. Logo GTX pada stereng, ambang pintu dan tempat duduk turut disertakan sebagai sentuhan penyudah.
Model ini akan memasuki pasaran Eropah bermula musim panas tahun ini. Di Jerman, ia dijual pada harga 50,415 Euro (RM249,541) termasuk subsidi bernilai 7,500 Euro (RM37,123) yang boleh dimohon oleh pelanggan.