Volkswagen Malaysia Tawar Penjimatan Prihatin Dan Kos Efektif Kepada Pemilik Kenderaan
Erywan
08/07/2021 08:07 MYT
08/07/2021 08:07 MYT
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan beberapa tawaran selepas jualan di bawah inisiatif Volkswagen Cares dalam usaha meringankan beban pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini.
Sebagai sebuah jenama yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelanggan, pelan-pelan kos efektif ini dapat membantu pemilik kenderaan Volkswagen untuk memastikan kos pemilikan kekal mampu milik. Ia membabitkan:
Pembiayaan Fleksibel Dengan Pelan Pembayaran 0 Peratus Untuk Kos Selepas Jualan
Pemilik kenderaan boleh lega hati dengan adanya pelan pembayaran kos selepas jualan yang mudah dan fleksibel ini. Mereka kini boleh memilih untuk membayar bil secara ansuran sama ada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0 peratus apabila menggunakan kad kredit. Ini sah untuk semua bentuk kerja pembaikan dan servis yang ditawarkan di pusat servis terpilih Volkswagen. Para pemilik dinasihatkan untuk merujuk syarat dan terma spesifik mengenai pelan pembayaran ini dengan pengedar kereta mereka.
Diskaun Servis 20 Peratus Untuk Ahli VCP (Volkswagen Care Plus)
Ahli VCP akan menikmati lebih banyak penjimatan menerusi promosi-promosi ini. Mereka layak untuk mendapat tiga baucar rebat 20 peratus untuk servis penyelenggaraan. Baucar itu boleh digunakan bermula tahun kelima servis dan diikuti oleh dua servis lagi dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, ahli VCP juga akan menerima bantuan tepi jalan secara percuma untuk dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).
Diskaun 30 Peratus Untuk Pakej Pembaikan Volkswagen
Penjimatan setiap ringgit merupakan asas kepada tawaran Pakej Pembaikan VPCM. Para pelanggan akan menikmati diskaun sebanyak 30% untuk pakej pembaikan terpilih apabila membaiki kereta di pusat servis sah Volkswagen. Ia tertakluk kepada model-model Volkswagen yang berusia lebih dari lima tahun.
Faedah Volkswagen Insurance Plan (VIP)
Perkara terbaik dalam hidup ialah benda percuma dan Pelan Insurans Volkswagen (Volkswagen Insurance Plan) tidak terkecuali. Tidak mempunyai kos pembaikan untuk kereta sehingga 10 tahun, pemegang polisi akan menerima perlindungan komprehensif dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah tanpa perlu membayar sebarang kos berlebihan.
Selain itu, terdapat jumlah yang dipersetujui dan nilai yang diinsuranskan untuk kenderaan sehingga 10 tahun sekiranya berlaku kerugian total. Antara kelebihan VIP termasuklah diberi keutamaan dalam kelulusan tuntutan, kelulusan penggantian cermin depan dalam masa dua jam, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda kecemasan 24 jam, serta jaminan setiap kerja pembaikan dijalankan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah. Ia mematuhi standard pembaikan Volkswagen dan hanya menggunakan alat ganti tulen.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my