Sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan rebat ang pao, sesuai untuk mereka yang ingin memulakan tahun lembu dengan sebuah kereta Volkswagen baharu.

Pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan menikmati penjimatan tambahan eksklusif dalam talian, di samping rebat ang pao yang disediakan. Mereka yang berminat dengan rangkaian model Passat juga akan menerima insurans percuma selama 1 tahun atau penjimatan sebanyak RM5,500.

Model dan rebat ang pao adalah seperti berikut:


Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh menikmati tawaran terkini di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY yang menawarkan penjimatan ke atas penggantian alat ganti serta minyak enjin tulen.

Tawaran selepas jualan adalah seperti berikut:


Senarai tawaran tambahan yang memberi manfaat kepada para pemilik termasuklah Pemeriksaan Servis 5 Bintang, diskaun sehingga 20 peratus untuk bateri dan tayar, serta paket ang pao percuma Volkswagen. Temu janji servis boleh dibuat secara dalam talian.

Promosi jualan dan selepas jualan Volkswagen CNY sah mulai sekarang hingga 28 Februari 2021. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my.