Volkswagen Tiguan X - SUV Coupe Yang Sangat Cantik!
Erywan
10/09/2020 06:54 MYT
10/09/2020 06:54 MYT
Volkswagen membuat penambahan pada rangkaian crossover mereka di China dengan model baharu yang dikenali sebagai Tiguan X. Ia adalah SUV berbentuk coupe kedua Volkswagen yang dihasilkan khas untuk pasaran negara itu selepas Tayron X.
Seperti yang boleh dilihat, Tiguan X mempunyai rekaan bahagian hadapan yang sama dengan Tiguan facelift yang diperkenalkan pada Julai lalu, namun seperti sebuah model coupe yang sebenar, garis bumbungnya mencondong secara dramatik sebelum bertemu dengan tailgate dihiasi dengan spoiler kecil. Di belakang, model ini menggunakan reka bentuk lampu baharu yang lebih lebar yang disambungkan oleh jalur lampu pada bahagian tengah, di mana terdapatnya tulisan ‘Tiguan X’.
Dari segi dimensi, Tiguan X mempunyai ukuran panjang keseluruhan 4,770mm, sekali gus menjadikan ia lebih hampir dengan versi jarak roda panjang Tiguan Allspace berbanding Tiguan biasa yang mempunyai lima tempat duduk. Bagaimanapun, ia dijangka ditawarkan dengan konfigurasi lima tempat duduk sahaja memandangkan ruang kepala belakang yang terjejas oleh rekaan garis bumbungnya.
Di bawah bonet, Tiguan X hadir dengan enjin turbo petrol TSI 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Motion. Enjin terbabit boleh didapati dalam dua versi iaitu 186hp dan 220hp. Unit yang ditampilkan ini merupakan varian 380 TSI 4Motion berdasarkan lencana pada bahagian belakang.

Difahamkan, model itu akan dipasang di kilang pengeluaran FAW-Volkswagen.