Volkswagen Transporter T6.1 ABT - Tampil agresif Serta Memiliki 226hp dengan 490Nm.
Erywan
17/02/2020 04:55 MYT
17/02/2020 04:55 MYT
Seperti yang anda mungkin tahu, setiap kenderaan keluaran Volkswagen pasti akan menerima talaan daripada ABT. Ini termasuklah van Transporter T6.1 yang diperkenalkan tahun lalu.
Bermula Mac 2020, ‘tuner’ dari Jerman itu akan menawarkan pakej naik taraf ABT Power Performance Upgrade yang menjanjikan peningkatan kuasa yang signifikan iaitu dari 199hp/450Nm kepada 226hp/490Nm bagi varian tertinggi.
Sementara itu, pakej ABT Engine Control yang dibangunkan untuk varian 2.0 TDI standard pula mampu memberikan suntikan tambahan yang menyaksikan output meningkat dari 150hp/340Nm kepada 180hp/400Nm.
Pelanggan yang mahukan penampilan lebih agresif boleh mendapatkan pakej aerodinamik yang boleh dipesan secara berasingan atau dalam satu set lengkap. Ia merangkumi tambahan pada skirt hadapan dan jeriji, skirt sisi, skirt belakang berserta empat muncung ekzos dan juga spoiler belakang.
Selain itu, pelanggan juga mempunyai pilihan rim berukuran 19 dan 20 inci yang didatangkan dalam dua kemasan berbeza. Anda boleh melihat perbezaan yang ketara apabila pakej aerodinamik ini dipasang menerusi gambar-gambar yang disiarkan.
Pakej ini tidak akan lengkap tanpa tawaran sistem suspensi. Bagi Transporter T6.1, ABT menawarkan sistem suspensi Bilstein yang membolehkan bahagian hadapan dan belakang direndahkan antara 40 dan 70mm.
Sebagai alternatif, syarikat itu juga sedang membangunkan gegelung suspensi khas yang akan dijual tidak lama lagi.