Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Volvo Buses anjur Persidangan Transit Bas Laju di Malaysia

Erywan
20/11/2019 03:47 MYT
Volvo Buses bersama-sama dengan Technology Depository Agency (TDA) dan Prasarana menjadi hos Persidangan Transit Bas Laju (Bus Rapid Transit - BRT) yang pertama di Malaysia demi membentuk misi dan menjalin kerjasama dalam menjadikan Transit Bas Laju satu realiti di negara ini.

Penganjuran persidangan itu adalah sebahagian daripada komitmen Volvo Buses terhadap Program Kerjasama Industri (Industrial Collaboration Programme - ICP) di Malaysia.

ICP dipacu oleh pemerolehan 90 unit Bas Dua Tingkat Volvo untuk Rapid Bus, dan ini sudah melebihi had sebagaimana yang dijelaskan dalam Polisi dan Garis Panduan Program Kerjasama Industri (ICP) dalam Pemerolehan Kerjaan (Edisi Kedua).

Technology Depository Agency (TDA) pula adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan memantau semua aktiviti pelaksanaan ICP di Malaysia.

Persidangan ini dihadiri oleh lebih 270 deligasi dan ia dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt.

Persidangan itu berkongsi pengalaman pakar BRT, menggabungkan aspek pandangan global dengan pengalaman domestik.

Matlamat persidangan adalah untuk mengenal pasti serta mengetahui tentang pertimbangan utama berkaitan implementasi BRT seperti perancangan, tender, reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan.
;